Penaku Patah

3 Amalan Penting Orang Maghribi

3 Amalan penting Orang Maghribi.

 

Bismillahirrahmaanirrahim,

Assalamualaikum wrbt!

Hai ! Alhamdulillah, tahun ni masuk tahun ketiga aku belajar di negara arab yang terletak di Afrika Utara ni. Kalau orang tanya “Best tak belajar kat Morocco?” Aku akan bagi 2 jawapan. Jawapan pertama aku mesti:

Best! Sebab banyak benda yang aku belajar dari orang-orang Morocco. Kalau nak hidup untuk luangkan masa atau melancong kat sini sangatlah best!”

Tapi kalau untuk jawapan kedua aku pulak:

“hmm kalau untuk kategori belajar, aku tak rasa best tu hahah belajar ada ke yang senang ?? hehe”.

Jadi apa yang aku nak cerita dalam “penaku patah” kalini adalah antara perkara yang aku belajar dari negara Maghribi ini sejak kali pertama kaki aku menjejakkan kaki di lantai Aeroport Muhammad V, Casablanca, 2 tahun lalu. (haha takde kaitan pun dengan muqaddimah >.< ) Antara perkara yang sangatlah aku terkesan dan yang dapat aku belajar amalkan kat sini ada 3 amalan,

Pertama sekali, di mana pun dan dengan sesiapa pun  .. BAGI SALAM ☺. Dengan pakcik teksi atau bas. Dengan kawan yang terjumpa tengah-tengah jalan. Tuan kedai hanod (kedai runcit). Tuan rumah. Nak tanya jalan. Semua lahh.. bagi salam.. walaupun mereka tidak kenal sesama sendiri. Hatta kalau mereka masuk bilik air pon mereka akan bagi salam (dekat tempat sinki basuh tangan tu. Huhu kalau yang ni aku tak amalkan sangat lah). Tu yang kalau korang perasan, korang kat seberang jalan pun mereka boleh bagi salam dari seberang jalan, ber-labas-labas (bertanya khabar). Betapa sebatinya amalan salam dan labas-labas ni dalam kalangan mereka.

 

Kedua, di mana pun dan dengan apa pun pekerjaan yang mereka nak buat.. Mulakan dengan BISMILLAH.. nak bagi duit kat orang. Nak ambil duit. Nak pakai kasut. Nak angkat barang. Nak keluar rumah. Nak mulakan memandu. Naik teksi. Semua lahh.. InshaaAllah kheirr..

 

Ketiga, di mana pun dan dengan siapa pun yang mereka kenal atau tidak yang dah memberikan pertolongan kepada mereka, mereka akan DOAKAN kesejahteraan orang lain, keberkatan orang lain, kesihatan orang lain, permudahkan urusan orang lain.

الله يعونك! الله يبارك فيك! الله يسهل امورك! الله أعطيك النجاح!

Dan yang paling selalu dengar tengtengtengggg :

الله يرحم والدك!

Dan banyak lah lagi! Sebab ini cara mereka berterima kasih.

Ya, tak dinafikan amalan ini sudah diajar sejak aku di Malaysia lagi.. tapi.. di sini aku melihat pengamalan 3 benda ni dalam kehidupan seharian mereka sangatlah jelas. Bukan sahaja dengan jiran tetangga malah dengan pensyarah-pensyarah di jamiah, dengan  orang yang terjumpa dalam kereta api, dengan penjual makanan, semua lahh..

Aku rasa 3 amalan ni bukan aku sahaja yang perasan.. korang yang belajar kat sini mesti rasa juga kan? Kalau kita tengok dari sudut yang lain, sebenarnya baaanyak lagi yang kita boleh belajar dari mereka. Tapi kalini aku cuma nak highlightkan 3 amalan yang bagi aku jarang jumpa di Malaysia.

Semoga kitaa semua dapat mengamalkan 3 amalan ni di mana pun dan dengan sesiapa pun kita sedang berada 😉 InshaaAllah. Aameenn.

Terima kasih Exco Pnd sebab bagi peluang untuk aku kongsi apa yang aku dapat! Kalau rajin, aku tulis lagi eh. Bisous !

 

  • Miss Maghribee
To Top
Loading...