Artikel

Al-Haya’ – Sifat Pemalu Rasulullah SAW

Al- HAYA’ (Sifat PEMALU)

Al Haya’ (rasa malu) tidak datang kecuali dengan kebaikan.” 

Sesungguhnya di antara fenomena keseimbangan dan tanda-tanda kesempurnaan dalam tarbiyah, bahawa engkau menemukan seorang mukmin yang kuat, teguh, bersifat malu, beradab dan tenang.

Malu pada hakikatnya tidak mendatangkan sesuatu kecuali kebaikan.

Malu mengajak pemiliknya agar menghias diri dengan yang mulia dan menjauhkan diri dari sifat-sifat yang hina.

Sebelum saya berkongsi sedikit cerita tentang sifat malu yang ada pada diri Rasulullah, inshaaAllah kita sama-sama mengetahui dahulu serba sedikit tentang al-haya’ iaitu sifat pemalu.

Rasulullah bersabda,
اَلْحَيَاءُ لاَ يَأْتِي إِلاَّ بِخَيْرٍ
Malu itu tidak mendatangkan sesuatu melainkan kebaikan semata-mata.”[Muttafaq ‘alaihi]Dalam riwayat Muslim disebutkan,

اَلْـحَيَاءُ خَيْرٌ كُلُّهُ 
“Malu itu kebaikan seluruhnya.”
* Shahih: HR.al-Bukhari (no. 6117) dan Muslim (no. 37/60), dari Shahabat ‘Imran bin Husaindan Malu yang terpuji adalah :  perilaku yang muncul atas meninggalkan yang tercela.

*Fathul Bari 1/522 , bab haya` dari kitab adab, hadits no. 6118

 

Malu adalah akhlak para Nabi , terutama pemimpin mereka, iaitu Nabi Muhammad yang lebih pemalu daripada gadis yang dipungut.

Dan ingatlah, siapa yang tidak diberikan sifat haya’ secara fitrah, ia dituntut untuk berusaha dan belajar dengannya. Terlebih lagi, sesungguhnya ia adalah akhlak utama bagi para pengikut agama ini.

Sebagaimana disebutkan dalam hadis hasan:

إِنَّ لِكُلِّ دِيْنٍ خُلُقًا وَخُلُقُ اْلإِسْلاَمِ الحَيَاءُ

Sesungguhnya bagi setiap agama ada akhlak dan akhlak Islam adalah sifat haya’`”

*Shahih Sunan Ibnu Majah 2/406, hadits no. 3370/4181 (Hasan).

 

 

Dan disebutkan juga bahawa haya’ termasuk daripada sunnah para rasul dan ia termasuk sebahagian daripada iman:

اَلْحَيَاءُ مِنَ اْلإِيْمَانِ وَاْلإِيْمَانُ فِى الْجَنَّةِ وَالْبَذَاءُ مِنَ الْجَفَاءِ وَالْجَفَاءُ فِى النَّارِ

“ Haya’ ” termasuk sebahagian daripada iman dan iman (balasannya) di syurga. Dan ucapan cabul/teruk termasuk sifat tidak sopan dan tidak sopan itu di neraka.”

*Shahih Sunan Ibnu Majah 2/406, hadits no. 3373/4184 (Shahih).

 

Terdapat juga dalam hadis Rasulullah, yang berbunyi,

عَنْ أَبِيْ مَسْعُوْدٍٍ اْلأَنْصَاريِ الْبَدْرِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ((إِنَّ مِـمَّـا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ كَلاَمِِ النُّبُوَّةِ اْلأُوْلَى : إِذَا لَمْ تَسْتَحْيِ ؛ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ)). رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ. 
Dari Abu Mas3ud 3qbah bin ‘Amr al-Anshari al-Badri radiyallahu 3nhu ia berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Sesungguhnya salah satu perkara yang telah diketahui oleh manusia dari kalimat kenabian terdahulu adalah, ‘Jika engkau tidak malu, berbuatlah sesukamu.’”

 

“Just do it!” antara kata-kata popular di kalangan remaja dan masyarakat. Walaupun ada kebaikannya kepada diri dan masyarakat namun ia perlu diperhalusi.

Namun, dalam bab menuntut ilmu dan menyatakan yang hak, kita seharusnya tidak boleh malu. Malah, wanita pada zaman Rasulullah tidak menghalang diri mereka dari bertanya dan mendalami ilmu pengetahuan.

Sifat itu wajar kita contohi malah pepatah ada mengatakan “Malu bertanya sesat jalan”. Ia menunjukkan, bagi mengeluarkan seseorang dari kejahilan dan kesamaran, jangan malu untuk bertanya dan menimba ilmu.
Rasa malu untuk melakukan kebaikan tidak patut ada di dalam diri manusia kerana Allah menyuruh hambaNya berlumba-lumba melakukan kebaikan.

Seperti salah satu daripada muzakkarat lhikam wa lamthal yang dipelajari semasa sekolah menengah dahulu iaitu فاستبقوا الخيرات sesungguhnya Malu adalah satu kata yang cukup mencakupi perbuatan menjauhi segala apa yang dibenci.* Raudhatul ‘Uqala wa Nuzhatul Fudhala’ (m/s. 53)

Baiklah, sekarang kita berpindah kepada sifat pemalu yang ada pada Rasulullah , dan yang harus kita contohi dan teladani. Sesungguhnya perjalanan manusia sebagai hamba ,untuk mendekatkan diri kepadanya, rasa malu adalah tangga yang pertama. Maka, masih sangat jauh lagi sebenarnya kita daripada kewujudan rasa cinta kepada Allah.

Rasulullah sekalipun mempunyai rasa malu terhadap Allah. Ia terserlah dalam kisah mikraj iaitu disaat Rasulullah menerima perintah secara langsung supaya umatnya mengerjakan solat.

Pada peringkat awalnya, Allah memerintahkan solat sebanyak 50 waktu sehari. Baginda menyanggupi namun nabi dan rasul lain yang ditemuinya dalam perjalanan mikraj menasihati bahawa tugas itu terlalu berat bagi umat Muhammad.Lantas baginda meminta keringanan sehingga bilangan solat dikurangkan kepada lima waktu sehari. Saat itu, baginda diingatkan sekali lagi bahawa solat lima kali sehari pun masih terlampau berat. Namun, baginda berasa amat malu untuk kembali meminta keringanan daripada Allah.

 

Inilah contoh sifat malu yang ada pada diri baginda Rasulullah. Malu untuk mengurangi nilai pengabdian seorang hamba terhadap Penciptanya. Namun kita selaku umatnya tidak pula mempunyai rasa malu mengabaikan perintah solat dan juga ibadah-ibadah yang lain.

Begitulah manusia, lazimnya hanya merasa malu untuk urusan duniawi di hadapan manusia,bukan urusan akhirat di hadapan Allah. Kita tidak berasa malu dengan dosa yang menggunung yang pernah kita lakukan. Malah mungkin tidak pernah terdetik rasa enggan untuk bertemu Allah lantaran merasa malu atas segala kejahatan yang dilakukan yang tidak pernah luput daripada penglihatanNya.

 

SESUNGGUHNYA KITA BENAR-BENAR TIDAK TAHU MALU !Sungguh orang yang malu kepada Allah dengan “SEPENUH MALU” adalah orang yang menjaga kepalanya dari isinya, menjaga perutnya daripada segala rezeki yang tidak halal, selalu mengingati kematian, meninggalkan kemewahan dunia dan menjadikan perbuatan akhirat sebagai hal yang lebih utama. Sesiapa yang melakukan semua ini, maka dia malu kepada Allah dengan “SEPENUH MALU”

 

Sesungguhnya kekasih kita, Rasulullah s.a.w. merupakan rol model yang utama dalam hidup kita yang mana dapat kita contohi dari segala aspek kehidupan manusia, sesungguhnya sifat malu itu mencegah kita semua daripada melakukan kemungkaran dan dosa yang jelas mahupun yang tersembunyi, sanah helwah yaa Rasulullah !

Moga bermanfaat.
Allahu a3lam.

 

 

|Artikel|

Disediakan oleh : Nur Hanis Hazleen binti Ismail
Mahasiswi Tahun 3 (2015/16)
Universiti Hassan II Mohammedia, Casablanca

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

To Top
Loading...