Album

ANAK WATAN DIANUGERAH IJAZAH DOKTOR FALSAFAH DI BUMI GERBANG ANDALUS

Sejarah kegemilangan tanah air terukir semula dengan kejayaan seorang penuntut, saudara Abdul Azim Mohamad Isa, 28, yang meraih kurniaan Ijazah Falsafah Kedoktoran (PhD) Jurusan Bidang Linguistik oleh Universiti Ibn Tofail, Kenitra kelmarin, 31 Oktober 2017. Alhamdulillah!

Dengan bimbingan dua orang musyrif beliau iaitu Dr. Muhammad Er Rehali dari Universiti Ibn Tofail, Kenitra dan Dr. Muhammad El Wadi dari Universiti Moulay Ismail, Meknes, beliau berjaya membentangkan hasil kajian tesisnya yang bertajuk القواعد الصواتية في القراءات العشر (Kaedah Fonetik dalam Bacaan Qiraat Al-Quran yang Sepuluh) yang disiapkan dalam tempoh kira-kira 5 tahun. Secara ringkasnya, tesis beliau berlatarbelakangkan kaedah fonetik dengan menggunakan pendekatan Linguistik generatif bagi mencadangkan satu dimensi baru untuk mengkaji kaedah-kaedah tajwid dalam Al-Quran. Sidang majlis turut dihadiri oleh wakil Kedutaan Besar Malaysia di Maghribi, Puan Afiza Nurul Ain Mohd Arshad dan juga beberapa orang mahasiswa dan mahasiswi Malaysia.

Kami warga PMMM seluruhnya, dengan berbesar hatinya ingin mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan beliau menggenggam segulung ijazah PhD! Semoga ilmu dan bakti saudara dicurahkan dengan baik dan berterusan buat agama, bangsa dan negara.

Panggilan inspirasi buat para penuntut ilmu yang bertebaran di muka bumi untuk tetap terus berjuang memartabatkan harga diri dengan ilmu yang bermanfaat. Selamat sukses buat semua!

Malaysia boleh!

#MalaysiansInMorocco
#SejarahTerciptaDiBumiMaghribi

Tarbiah – Cinta – Peduli

To Top
Loading...