Ucapan

AU REVOIR | Selamat Pulang ke Tanah Air!

Setelah berusaha dengan segala kudrat yang termampu, pada minggu ini, 2 orang anak Malaysia kita telah selamat berangkat pulang bersama segulung ijazah dalam bidang masing-masing. Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Bahasa Arab telah berjaya dibawa pulang oleh saudara Mohd Hanis bin Nasruddin, 22, manakala saudari Siti Nursyuhada binti Ahmad Fuad, 22, telah berjaya meraih segulung Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam dari Universiti Hassan II, Mohammedia – Casablanca.

Warga PMMM ingin mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya pada masa hadapan dalam apa jua bidang yang kalian ceburi! Semoga ilmu dan pengalaman yang diraih dapat dimanfaatkan sebaiknya di Malaysia nanti. Semoga kalian sentiasa dirahmati dan dinaungi Allah.

Siiru 3la barakatillah.. 😊

Tarbiah – Cinta – Peduli

To Top
Loading...