Pada 24 November 2018 yang lalu, telah diadakan program Ayyam Dirosiyyah, bertempat di Perpustakaan Lala Khadijah, Kenitra, Maghribi.
Tujuan program ini diadakan di antaranya adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara mahasiswa dalam bidang Bahasa Arab. Dengan bilangan mereka yang sedikit, program ini sedikit sebanyak dilihat dapat membantu mereka dalam menguasai subjek-subjek yang susah dan penting.
Bertemakakan “Ilmu lagikan bertambah jika dikongsi”, program ini diadakan dalam bentuk perbincangan dan perkongsian maklumat antara mahasiswa Malaysia di Maghribi dalam pengkhususan Bahasa Arab dan Linguistik.
Antara isi perbincangannya ialah, subjek yang berkaitan dengan Sastera Arab dari segi kritikan sastera dan naratifnya, yang dijelaskan oleh Ustaz Syahid Shukor.
Kemudian, Ustazah Izwa Fatin dan Ustazah Suhailah Abd Rahman memberi penerangan tentang subjek Linguistik terutamanya Sosiolinguistik dan Sintaks.
Untuk Subjek Bahasa Arab pula, Ustaz Syazwan Naim telah mengambil tugas untuk memberi penjelasan tentangnya terutamanya dalam ilmu Tatabahasa (Nahu), Sorf dan Balaghah.
.: Cultivating A W.I.S.E. Ummah :.