Artikel

Baca Buku, Buka Dunia

Kita meyakini bahawa generasi pemuda hari ini adalah pemimpin pada masa hadapan, dan generasi muda yang dinyatakan tidak lain dan tidak bukan adalah kita sendiri. Oleh itu, kita harus mempersiapkan diri untuk menjadi generasi yang berkualiti dari segi intelektual terutamanya, kerana tahap intelektual kita akan menentukan bagaimana kita akan bertindak dan membuat sesuatu keputusan di dalam hidup kita.

Untuk meningkatkan tahap intelektual kita, semua ini bermula dari hidupnya budaya membaca dan semangat ingin mengambil tahu.Berkata juga Ustaz Hasrizal, lemah dalam berfikir adalah kerana lemah dalam membaca.

Maka tak dapat dinafikan lagi membaca akan memberi impak yang besar kepada hidup seseorang umumnya dan mahasiswa khususnya. Antara kepentingan membaca yang akan kita peroleh ialah:

– Menambahkan ilmu pengetahuan
– Meningkatkan kemahiran berbahasa
– Dapat meneroka “alam lain”
-,Mencetus idea baru
– Dapat mengetahui isu-isu semasa yang berlaku
Dan banyak lagi. Dengan hanya satu perbuatan, kita akan dapat jutaan manfaat dan kelebihan. Pemuda pencorak kegemilangan sesebuah tamadun , dan kegemilangan sebuah tamadun itu bermula daripada pembacaan.

Sebagai penutup, ayuhlah kita bersama-sama memupuk budaya membaca dalam diri kita. Setiap buku yang kita baca hari ini akan menyelamatkan jika berkali-kali dimasa depan. Jika ingin melakukan perubahan besar, haruslah bermula dengan diri sendiri dahulu.

Dua pendidikan yang mempengaruhi pendidikan manusia: Seni dan Sains. Keduanya bertemu dalam buku. Oleh itu, banyakkanlah membaca!😀

Tarbiah – Cinta – Peduli

#artikelbulanan
#pmmm_media

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

To Top
Loading...