Aktiviti

BUBUR LAMBUK GO GLOBAL DI MAGHRIBI

Pada tarikh 31 Mac 2018 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya program Bubur Lambuk Go Global di Maghribi bertempat di Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia ke Maghribi, Rabat. Program ini merupakan anjuran bersama Kedutaan Besar Malaysia di Maghribi, Butik Ryanees Hijab, TV Al-Hijrah dan juga Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi.

Antara aktiviti yang dijalankan semasa program ini ialah rakaman majlis berbuka puasa dan agihan bubur lambuk beserta sumbangan duit raya daripada Ryanees Hijab kepada anak yatim dari Al Ahram Forum for Education and Social Development (FAEDS) and Shuaâ Al-Mustaqbal Orphanages sempena meraikan bulan Ramadhan yang akan datang tidak lama lagi. Pihak Ryanees Hijab dengan murah hatinya telah memberikan sumbangan shawl secara percuma kepada mahasiswa Malaysia yang hadir pada majlis tersebut.

Program ini telah dimeriahkan lagi dengan penyertaan seramai 45 orang mahasiswa Malaysia di Maghribi dan diserikan dengan kehadiran artis terkenal tanah air, Linda Rafar yang memberikan persembahan istimewa dalam majlis ini. Antara tetamu-tetamu kehormat dari Maghribi yang turut dijemput hadir ialah Ms. Yasmine Ahmad, Mr. Abdelati Habek, Mr. Noureddine Bourqia, Mr. Jean-Christophe Bertrand dan Mr. Hassan Ammari.

PYT Astanah Abdul Aziz, Duta Besar Malaysia ke Maghribi telah merakamkan ucapan penghargaan dalam majlis tersebut.
Pengarah Ryanees Hijab iaitu Puan Rinee Amelia Zakaria diiringi oleh Duta Besar Malaysia ke Maghribi, PYT Astanah Abdul Aziz telah menyerahkan agihan bubur lambuk berserta sumbangan duit raya kepada anak – anak yatim dari Al Ahram Forum for Education and Social Development (FAEDS) and Shuaâ Al Mustaqbal Orphanages.

Semoga usaha-usaha positif seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan dengan kerjasama yang lebih erat. Terima kasih atas peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada pihak persatuan dalam menjayakan majlis ini.

Tarbiah – Cinta – Peduli

 

IMG_6397 IMG_6589 IMG_6573 IMG_6561 IMG_6548 IMG_6530 IMG_6477 IMG_6474 IMG_6414 IMG_6403 IMG_6399

 

To Top
Loading...