CHARITY PROGRAMME OF ASSISTANCE TO ASSOCIATION INITIATIVE POUR LA SOLIDARITE SOCIALE
.
Pada 14 Disember 2018 yang lalu, telah diadakan Charity Programme Of Assistance To Association Initiative Pour La solidarite Social anjuran bersama Kedutaan Besar Malaysia di Rabat, Maghribi, Persatuan Bahasa Arab Universiti Pendidikan Sultan Idris (Ana Arabiy) dan Exco Kebajikan PMMM bersama-sama pusat anak yatim di wilayah Rabat.
.
Program tersebut diadakan bertempat di Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia ke Maghribi.
.
Antara aktiviti yang dilakukan bersama anak-anak yatim tersebut ketika program ialah mewarna, menyanyi dan beramah mesra.
.
Akhir kata, kami sebagai wakil berharap program tersebut dapat diadakan lagi pada masa akan datang.
.: Cultivating A W.I.S.E. Ummah :.