Program Exco

DISKUSI ILMU BERSAMA PROF. MADYA DR. AHMAD WIFAQ MOKHTAR

Kenitra, 19 Oktober – Sebuah majlis ilmu telah berlangsung dengan jayanya anjuran pihak Exco Pendidikan sesi 2017/2018 dengan menjemput Prof. Madya Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar sebagai pembentang bagi mengupas tajuk “مجالس القرآن : أهميتها وتطبيقاتها المعاصرة” (Kepentingan dan Pengaplikasian Majlis Al-Quran pada Zaman Kini).

Dipetik daripada perkongsian beliau, tugas menyampaikan kebenaran Al-Quran ini seharusnya menjadi tanggungjawab dan keutamaan bagi setiap muslim terutamanya para penuntut ilmu agama. Maka laksanakanlah perjuangan dakwah ini sebaiknya dengan menguasai ilmu Al-Quran dengan sempurna.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga ia menjadi wadah ilmu yang bermanfaat buat para mahasiswa harapan negara, bangsa dan agama.

Jazakumullahu khairan katheera!

#jomtadahilmu

Credit to : Exco Pendidikan

Tarbiah – Cinta – Peduli

To Top
Loading...