Penaku Patah

EXPECTATION VS REALITY

EXPECTATION VS REALITY

(The Real Morocco – dari sudut pandang mata saya)

 

  1. Ingatkan sara hidup Morocco rendah, rupanya tak lah rendah mana.
  2. Ingatkan abaya banyak, rupanya ada jelabah je.
  3. Ingatkan nasi Arab banyak , rupanya tak makan nasi.
  4. Ingatkan semua tempat ada salji, rupanya ada dekat Oukaimeden dengan Ifrane ja.
  5. Ingatkan Morocco ni padang pasir ja rumah petak kecil-kecil macam dalam cerita Arab tu, rupanya banyak bangunan dia.
  6. Ingatkan Morocco ni kampung yang cantik ala-ala cerita Bajrangi Baijaan, rupanya banyak juga bangunan tinggi-tinggi..

Konklusinya, baru tahu semua negara Arab ni tak sama. Masing-masing ada culture tersendiri. Pakaian lain, makanan lain, iklim pun lain. Bahkan, bahasa pun lain.

Dan ada lagi beberapa expectation lain yang tak bersifat Morocco, contohnya ;

  • Expect tiada schoolmates tapi ada ja schoolmates kat sini.
  • Tak expect pun boleh jumpa orang sekampung.
  • Expect boleh kurus, tapi tak kurus-kurus juga.

 

Sampaikan ada satu kata-kata ni yang selalu disebut :

اذا كنت في المغرب, فلا تستغرب.

Maksudnya ; Apabila kamu berada di Maghribi, janganlah kamu merasa pelik.

 

Kredit : Semua ahli PMMM yang membantu menyumbang idea ;

Adila, Jameah, Rufaidah, Aimy, Mannal, Afieqah, Izzati Aisyah, Aisyah Farhana, Syahid Shukor, Hatim.

 

 

 

TheBlueSonic,

Februari 2019,

Sale Tabrique, Rabat Morocco.

To Top
Loading...