Program Exco

FORUM PERDANA HAL EHWAL MUSLIMAT

Forum Perdana Hal Ehwal Muslimat di bawah tajuk “Muslimat Idaman Syurga” anjuran Exco Rohani buat julung kali telah diadakan dengan jayanya pada Jumaat, 27 Oktober bertempat di rumah mahasiswi Kenitra. Secara tidak langsung ia telah menyediakan medium khas bagi para muslimah khususnya di Maghribi bagi mengupas serta membincangkan isu-isu semasa dengan lebih mendalam dan terperinci, bertukar pandangan dan berkongsi idea. Seramai 19 orang mahasiswi dari pelbagai wilayah antaranya wilayah Rabat-Sale, Kenitra dan Fes telah turut hadir bagi memeriahkan majlis ini.

Program ini bermula pada pukul 5.00 petang dan berakhir pada 7.00 malam. Antara aktiviti yang telah berlaku dalam program ini adalah seperti berikut :

5.00 : Pembukaan majlis
Kata alu-aluan oleh pengerusi majlis, Saudari Mannal binti Mansor
Ucapan wakil AMT akhawat, Saudari Nurul Fatini binti Mahmud
Pengenalan Saudari Moderator, Ustazah Siti Hawa binti Mohamd Isa

5.15 : Pengenalan ahli panel (Panel pertama : Ustazah Nur Izzati Aisyah binti Anis Hilmi,
panel kedua : Ustazah Siti Rumizah Zakiah binti Muhammad Ramli, panel jemputan
khas : Ustazah Noriwani binti Alias)
Pengenalan konsep forum yang bertajuk “Muslimat Idaman Syurga”
Pembentangan oleh panel sesi pertama
Pembentangan oleh panel sesi kedua
Sesi penggulungan

6.40 : Tutup majlis
Penyampaian cenderahati oleh wakil AMT, saudari Nur Izwa Fatin
Sesi bergambar
Minum petang

7.00 : Bersurai

Justeru, kami pihak persatuan ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan ucapan terima kasih buat semua pihak yang sudah terlibat secara langsung dan tidak langsung ketika program dijalankan.

Akhir kata, semoga Allah membalas setiap jasa baik kalian dengan mengurniakan rezeki berupa ketenangan dan kemudahan baik di dunia mahupun di akhirat dan semoga ibadah tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya
Sekian.

#bersamakitapeduli
#rohani_pmmm17/18
#MIS
#MuslimatIdamanSyurga

Facebook : Exco Rohani

Tarbiah – Cinta – Peduli

To Top
Loading...