Aktiviti

Hari Kebudayaan Asia 2017

Telah berlangsungnya Hari Kebudayaan Asia buat kali yang ke-2 pada 29 April yang lalu. Acara ini telah disertai oleh beberapa negara Asia seperti Indonesia, Thailand dan Malaysia. Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan seperti pameran barangan tradisional, jualan hasil seni dan kraftangan, jualan makanan tempatan dan kuih-muih tradisional serta persembahan sebagai acara kemuncak dari setiap negara yang menyertai Hari Kebudayaan Asia ini.

Setiap negara telah mempamerkan persembahan yang cukup hebat dan bertenaga dalam menunjukkan seni dan kebudayaan negara mereka. Ucapan syabas dan tahniah kepada mahasiswa Maghribi yang telah membawa nama baik Malaysia dalam menjayakan persembahan nasyid, dikir barat dan peragaan pakaian tradisional dengan jayanya. Acara ini telah diadakan di La Mediatheque, Avenue Allal Al Fasi, Rabat, Morocco.

Tarbiah – Cinta – Peduli

To Top
Loading...