Penaku Patah

Hei, Maghribi bukan tempat orang sombong!

Hei, Maghribi bukan tempat orang sombong!

 

Labaks Bikhier Mizyan dan Merhaba,

Perkataan diulang untuk menyapa,

Laga pipi perkara biasa,

Kadang  keliru dah kali keberapa.

Meski meja orangnya lima, setiap seorang wajib ditanya,

Tak kira tua ataupun muda,

Tak kira kau siapa,pangkat kau apa.

Hei, Maghribi bukan tempat orang sombong!

 

Undangan ke rumah, kehadirannya wajib,

Ahli rumah janganlah ghaib,

Sebab:

Pergi seorang adalah aib.

Gembira berbual, qasidah mengiringi,

Couscous dihidang, tagine diselang, fawakih penyeri.

Arab kata :

Jumpa budak gembira hati,

Ada masalah, sila hubungi kami.

Sungguh, terasa dihargai!

Beza di sini :

VIP dirai budak letak tepi,

Mereka kenyang, budak perut berbunyi.

Kenyang atau lapar, langsung tak nak ambil peduli?

Aneh.

Kemana letakknya empati?

Hei, Maghribi bukan tempat orang sombong!

 

Rumah Aruz di Soumat Hassan,

Lokasi strategik sebarang urusan,

Pengurusan teruk tidak dinafikan,

Itulah budaya Arab,

tak patut dibanggakan.

Tertib dan prosedur,

kita amalkan,

Matlamat memudahkan bukanlah menyusahkan,

Sama untung capai kepuasan.

Pangkat disalahguna sekalipun jangan,

Kepercayaan diberi, khianat jangan,

Indah toleransi jika diamalkan,

Pada perkara di luar jangkaan,

Bukan berteriak memekik:

“Jangan beri apa-apa alasan!”

Hei, Maghribi bukan tempat orang sombong!

 

Kambing mengembek harimau mengaum,

Manusia lumrahnya salah, tiada yang maksum,

Baru datang,berpada-padalah menghukum,

Yang cantik dipuji, yang cacat dimaklum.

Mengapa perlu berterusan naik setum?

Kita kan sesama kaum.

Hei, Maghribi bukan tempat orang sombong!

 

Negara orang, kita menumpang,

Hubungan diperkukuh usah direnggang,

Yang tua dihormati, yang muda disayang,

VIP mengajari, budak mempelajari,

Tidak memarahi tiada dimarahi,

Baru peroleh keharmonian yang panjang.

Hei, Maghribi bukan tempat orang sombong!

  

Maghribi Afrika Malaysia Asia,

Arab Melayu dua benua,

Tanah berbeza langit yang sama,

Ramah dan santun pada budaya,

Bertunjang teguh tauhidkan yang Esa.

 

Hei, Maghribi bukan tempat orang sombong!

     AARd

To Top
Loading...