Artikel

Hope For Turkey

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

#PrayForAnkara  #PrayForTurkey

CbcnwLKXIAEAcaC

Pada tanggal 13 Mac 2016, satu letupan bom telah berlaku di Kizilay,Ankara,Turki yang telah meragut nyawa seramai 37 orang (mengikut sumber Wikipedia), 34 orang (mengikut sumber laman sesawang astro awani), dan seramai 127 orang yang tercedera.

Menurut stesen televisyen tempatan NTV, letupan dipercayai akibat daripada letupan sebuah bom kereta. Ia diletupkan berdekatan sebuah bas dan turut mencetuskan kebakaran beberapa kenderaan berdekatan.

Berikutan kejadian itu, pihak berkuasa Turki menutup kawasan pejabat kerajaan berkenaan serta melarang media daripada membuat laporan insiden berkenaan. Dua pegawai kanan keselamatan memberitahu Reuters bahawa siasatan awal mengatakan bahawa insiden itu dilakukan Parti Pekerja Kurdistan (PKK), atau sekutunya, yang selama tiga dekad lalu sering menimbulkan kekacauan kerana menuntut kuasa autonomi.

Tiada pihak setakat ini tampil mengaku bertanggungjawab, namun Menteri Dalam Negeri Afkan Ala berkata nama kumpulan di sebalik serangan itu bakal didedahkan selepas siasatan dijalankan.

“President Recep Tayyip Erdogan said terror groups were targeting civilians because they were losing their struggle against Turkish security forces.”-Click HERE

 

Pada tanggal 19 mac 2016, insiden pengeboman diri berlaku di Istanbul. Insiden ini telah mengakibatkan seramai 4 orang yang terbunuh (tiga rakyat Israel dan seorang warga Iran) dan 20 orang tercedera. :- DI SINI

Gabenor Istanbul, Vasip Sahin, berkata serangan bom berani mati itu berlaku di Jalan Istiklal Caddesi yang sibuk dengan pelancong. Setakat ini, pihak polis telah mengepung sebahagian daripada kawasan terbabit yang bersempadan dengan Dataran Taksim, Istanbul.

Info lanjut boleh baca di laman sesawang yang dinyatakan di sumber berita.

Oleh itu, mari sama-sama kita mendoakan keselamatan penduduk yang berada di Turki. Semoga mereka dan kita berada dalam lindungan dan rahmat Allah S.W.T. sentiasa.

#MahasiswaPrihatin

Sumber Berita :

https://pray.interserve.org/category/region/eurasia/turkey/

https://id.wikipedia.org/wiki/Pengeboman_Ankara_Maret_2016

http://www.bbc.com/news/world-europe-35798517

http://www.astroawani.com/berita-dunia/lima-maut-serangan-pengebom-bunuh-diri-di-istanbul-99137

http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/turki-diserang-lagi-empat-terkorban-1.202449

http://www.bharian.com.my/node/135187

http://www.bbc.com/news/world-europe-35850625

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

To Top
Loading...