Program Exco

Ihya’ Ramadhan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Di kesempatan ini, kami daripada Exco Rohani ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua warga malaysia yang berada di perantauan khususnya maghribi.

Firman Allah SWT:
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ} [البقرة : 183]
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu sebelum kamu, agar kamu bertakwa,” (al-baqarah:183)

Di sini jelas Allah SWT mewajibkan ibadah puasa ke atas kita, umat Nabi Muhammad SAW dan ibadah ini termasuk dalam salah satu ibadah yang terbesar di sisi umat islam, iaitu rukun islam ke-3.

Ramadhan bulan tarbiah, bulan penuh barakah dan rahmat. Pelbagai peristiwa yang telah berlaku di dalam bulan ini. Antara yang terbesar adalah peristiwa turunnya al-quran, kitab suci umat islam. Di dalam bulan ramadhan juga terkandung satu malam yang kita nanti-nantikan, malam yang lebih baik dari 1000 bulan, iaitu malam Lailatul Qadar.

Jadi suka untuk kami mengingatkan kepada anda semua bahawa tema yang telah dipilih untuk ramadhan kali ini adalah:

“كن ربانيين ولا تكن رمضانيين”
“Jadilah hamba Allah, jangan jadi hamba ramadhan.”
Kalau kamu menyembah ramadhan, dia pasti hilang dan pergi meninggalkan kita.
Sembahlah ALLAH. Sesungguhnya Allah hidup dan tidak akan mati walaupun ramadhan telah tiada dan syawal pula hadir”. -Prof. Dr. Yusof Al-Qardhawi-

Moga-moga ramadhan tahun ini merupakan ramadhan yang terbaik bagi kita semua untuk mempertingkatkan ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Sama-sama kita menjadi hamba yang bertawadu’ dan bersyukur atas apa jua nikmat yang diberi oleh Allah SWT, baik dari segi makanan, kesihatan dan kekuatan.

Berikut adalah aktiviti yang telah dirancang oleh pihak Exco Rohani bersama exco-exco lain dan insha Allah akan dijalankan sepanjang bulan ramadhan, dengan izin Allah SWT.
Semoga aktiviti-aktiviti yang tak seberapa ini akan mendatangkan manfaat yang besar kepada kita semua baik dari segi rohani, intelektual dan jasmani. Wallahuaklam.

Sekian.

# cinta – tarbiah – peduli #

#ramadhan2017
#pmmm_rohani17/18

poster ihya ramadhan

To Top
Loading...