Tazkirah

IKHTILAT, AMBIL BERAT.

test2

Pergaulan antara lelaki dgn perempuan.

Pergaulan antara lelaki dan perempuan sering berlaku di mana-mana sahaja samada dalam menuntut ilmu, gerak kerja berorganisasi, bidang pekerjaan, dan sosial bersama masyarakat. Namun, masih ramai lagi yang keliru dengan hukum sebenar dan batasan ikhtilat antara lelaki dan perempuan. Ada ulama’ yang berpandangan bahawa ia haram, ada juga yang mengatakan bahawa ia harus. Bersesuaian dengan zaman yang semakin mendepani cabaran ini, lebih sesuai kita mengambil hukum ikhtilat sebagai harus selagi mana kita mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan syarak, sebagaimana yang difatwakan oleh ulama’ kontemporari iaitu Syeikh Dr Yusuf Al Qaradhawi.

Ini kerana ikhtilat adalah perkara fitrah, ia memang perkara yang tidak boleh dielakkan kerana manusia hidup di dunia ini saling bantu-membantu antara satu sama lain. Maka, ia memerlukan etika yang betul supaya kita manusia tidak jatuh ke jurang kebinasaan seperti penzinaan, bercouple, keruntuhan akhlak dan sebagainya.Menurut Syeikh Dr Yusuf Al Qaradhawi, dalam buku beliau ‘Fatawa Al Mar-atil Muslimah’, pertemuan atau perjumpaan antara lelaki dan perempuan tidaklah diharamkan secara mutlak, bahkan harus dan dituntut jika tujuannya mulia, memberi manfaat dan menambah amal soleh seperti menuntut ilmu, menyebarkan kebaikan dan perkara-perkara lain yang mana memerlukan hajat bantuan atau pertolongan daripada kedua-dua belah pihak (lelaki dan perempuan). Perkara ini hendaklah berlandaskan batas dan tujuan yang betul serta penguatkuasaan yang berkesan.

Walaupun ikhtilat ini dibolehkan, berikut adalah batas-batas dan syariat yang telah ditetapkan dalam Islam, antaranya:

[1] Hendaklah menjaga pandangan antara keduanya, tidak memandang kepada aurat, tidak juga memandang dengan pandangan syahwat dan tidak memanjangkan pandangan jika tidak berhajat. Firman Allah SWT: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kehormatannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kehormatannya…,’’ (An-Nuur: 30-31)

[2] Seorang perempuan hendaklah sentiasa memakai pakaian yang disyariatkan dengan sopan, menutupi seluruh badannya selain dua tangan dan wajah, tidak jarang (nipis) dan tidak menampak bentuk tubuh. Firman Allah s.w.t: “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang zahir daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka…,” (Surah An-Nuur:31). Allah SWT juga menjelaskan mengenai pakaian yang sopan melalui firmanNya : “Supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya, cara demikian lebih sesuai agar mereka lebih mudah untuk dikenal, maka itu mereka tidak diganggu…,” (Al-Ahzab: 59). Perempuan muslimah yang sopan berbeza pakaian mereka dari perempuan yang semberono perangainya, dia juga tidak berakhlak buruk. Oleh itu, setiap yang memandang pakaian dan akhlaknya, pasti akan menghormati dan menyeganinya.

[3] Sentiasa berakhlak muslimah pada setiap perkara, terutama ketika bermuamalat dengan lelaki, iaitu:

i. Percakapan hendaklah dijauhi daripada suara yang boleh merangsang atau membangkitkan perasaan antara keduanya, Allah SWT berfirman :“Maka janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja dengan lelaki asing kerana demikian boleh menimbulkan keinginan akan orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik.” (Al-Ahzab:32)

ii. Berjalan, Allah SWT berfirman :“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada (mahram)…,” (An-Nuur: 31). Allah SWT menyifatkan sopan santun seorang perempuan dengan firmanNya :“Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan dalam keadaan kemalu-maluan…,” (Al-Qasas:25)

iii. Pergerakan, tidak berlenggok, seperti yang disifatkan dalam hadith sebagai (berlenggok itu adalah perempuan) dan tidak berhias (tabarruj) seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita jahiliyyah dahulu mahupun sekarang.

[4] Menjauhi bau-bauan ataupun wangi-wangian yang boleh membuatkan lelaki tertarik dengannya, dan menjauhi juga warna-warna terang dan terlampau menarik yang mana sepatutnya hanya dipakai di rumah bukannya ketika perjumpaan dengan lelaki.

Wallahuaklam.

#BersamaKitaUbah
#pmmm_rohani17/18

Facebook : Exco Rohani

Tarbiah – Cinta – Peduli

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

To Top
Loading...