Program Exco

Infaq For The Need Ramadhan (I4TN)

Assalamualaikum wbt.
Apa khabar warga PMMM sekalian? 🙌🏻
Harapnya kalian semua berada dalam keadaan sihat dan ceria sentiasa. 😊
Bersempena bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi, kami pihak Exco Kebajikan sekali lagi telah bekerjasama dengan badan NGO “لنرسم الإبتسام” bagi menjayakan program Infaq For The Need Ramadhan.

Apa itu I4TN RAMADHAN?
Sepertimana yang kita tahu, pada sesi yang lepas, telah berjaya dijalankan satu program infaq (sumbangan) barangan keperluan musim sejuk.Manakala I4TN yang bakal dilansungkan pada kali ini pula bertujuan khusus untuk membantu mereka dari segi barangan keperluan harian bagi persiapan bulan Ramadhan.

Apa yang menarik berkaitan I4TN RAMADHAN ini?
📌Setiap sumbangan yang dilakukan akan disalurkan kepada lebih kurang 100 buah keluarga yang tidak berkemampuan di Taroudant, Agadir.

📌Pihak “لنرسم الإبتسام” juga mensasarkan kutipan sebanyak 200 dh bagi setiap keluarga yang mana kutipan tersebut akan digunakan untuk membeli barangan keperluan harian seperti
-tepung
-beras
-susu
-minyak
-gula
-dan lain lain keperluan lagi.

📌Kesemua kutipan dan barang keperluan akan diagihkan sebelum menjelangnya bulan Ramadhan.Sumbangan boleh disalurkan melalui penghulu dan AJK Kebajikan wilayah masing-masing. Tarikh akhir pemberian sumbangan adalah pada 11 MEI 2017.
Jadi tunggu apa lagi, ayuh sama-sama kita menyumbang demi mengukir senyuman di wajah mereka!😊
Siapa tahu, bantuan yang kita hulurkan di saat ini kelak bakal menjadi ‘bantuan’ kita di akhirat sana.

Sekian,selamat menyumbang semuaaa! 😎
::TARBIAH – CINTA – PEDULI::
i4tnA                                     i4tnB

To Top
Loading...