Aktiviti

Infaq For The Need (I4TN)

[LAPORAN AKTIVITI | Infaq For The Need – Fasa Ketiga]
Oleh : Exco Kebajikan PMMM Sesi 2016/17

Setelah melalui beberapa fasa, alhamdulilah fasa kemuncak bagi program ‘Infaq For The Need’ anjuran Exco Kebajikan dengan kolaborasi sebuah NGO, ‘لنرسم الابتسامة’ yang berpusat di Casablanca telah dilaksanakan dengan jayanya dengan izin-Nya di sebuah perkampungan yang bertempat di kawasan pergunungan di Taroudant, Agadir selama dua hari bermula 24 hingga 25 Disember 2016. Seramai 5 orang ahli telah melibatkan diri dalam menjayakan program termasuk saudara Ahmad Irfan bin Mohd Yusob selaku Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi (PMMM) juga saudara Ahmad Haiqal Fitri bin Ahmad Fuad selaku Ketua Exco Kebajikan.

Perjalanan yang diambil selama lebih kurang 8 jam dari Casablanca hingga ke Taroudant, Agadir untuk meneruskan misi pengagihan bantuan musim sejuk ini telah menjadi sebuah lembaran sejarah yang baru bagi PMMM dalam menyumbang bakti bersama warga tempatan (baca: Maghribi) juga sebagai bukti sifat prihatin warga Malaysia di sini terhadap sensitiviti masyarakat Maghribi yang serba kekurangan.

Maka, dengan ini, pihak exco merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung iaitu yang turut bersama melibatkan diri ketika program I4TN dijalankan juga yang terlibat secara tidak langsung iaitu sumbangan yang dihulurkan yang berbentuk barangan keperluan musim sejuk dan juga yang berbentuk kewangan.

Terima kasih kepada semua dan tahniah kerana kalian telah berjaya mengukir senyuman yang begitu lebar lebih dari 100 buah keluarga yang serba kekurangan!

Jasa baik kalian tidak mungkin dapat kami balas melainkan Allah jualah yang akan menggantikannya dengan ganjaran lebih abadi!

اللهم تقبل من الجميع..

SATU SUMBANGAN, SERIBU SENYUMAN;
SATU SENYUMAN, SERIBU MAKNA.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

“PMMM CAKNA, PMMM PRIHATIN”

 

:: ENSIKLOPEDIK – ITTIHADIK – KARISMATIK ::

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

To Top
Loading...