Artikel

ISU BAITULMAQDIS, CAKNAKAH KITA?

1315042971_P1050236a

Amerika Syarikat secara rasminya telah mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah mencipta sejarah sebagai presiden pertama Amerika Syarikat mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Pada masa yang sama, beliau mengumumkan pelan memindahkan pejabat kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

“Saya telah menentukan bahawa sudah tiba masanya untuk mengiktiraf secara rasmi Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Walaupun, presiden sebelum ini membuat janji ketika kempen, mereka gagal mengucapkannya. Hari ini, saya mengucapkannya.

“Saya telah menilai tindakan ini adalah yang terbaik demi kepentingan Amerika Syarikat dan usaha membawa perdamaian antara Israel dan Palestin,” katanya berucap di White House.

Tindakan Trump itu dilihat bakal meningkatkan kemarahan masyarakat sivil Palestin dan dunia Islam secara umumnya.
Ini kerana, Baitulmaqdis sentiasa menjadi sebahagian daripada asas perjuangan memerdekakan bumi anbia.

Beberapa pemimpin negara Islam tekah memberi amaran kepada Trump supaya tidak berbuat demikian.
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengancam untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Tel Aviv, sekiranya Amerika Syarikat meneruskan rancangan menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Beliau berkata, rancangan Donald Trump untuk mengisytiharkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel itu adalah “garis merah” bagi umat Islam.

Jordan pula menegaskan keputusan Trump untuk memindahkan kedutaannya di Baitulmaqdis, termasuk mengiktiraf kota itu sebagai ibu negara Israel, akan mendorong ke arah ketegangan yang lebih buruk.

Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi menekankan kepentingan memelihara status quo sejarah dan undang-undang di Baitulmaqdis, dan tidak menolak kemungkinan sesuatu yang buruk berlaku sekiranya keputusan berkenaan dibuat.

Sementara, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz menegaskan bahawa tindakan Trump itu hanya akan menyinggung perasaan umat Islam seluruh dunia.
Beliau berkata, status Baitulmaqdis adalah aspek paling sensitif dalam konflik Palestin-Israel, maka memindahkan kedutaan Amerika ke kota itu adalah langkah berbahaya.

Dalam isu ini, kita sebagai mahasiswa dan bakal pemimpin masa depan perlulah menunjukkan bahawa kita cakna dan mengambil perhatian akan isu-isu semasa yang berkaitan dengan umat dan dunia Islam. Berusahalah membantu semampu kita, walau dengan hanya menyebarkan berita-berita seumpama ini di sosial media milik kita.

Marilah sama-sama kita mengangkat tangan dan membaca qunut nazilah dalam solat kita, semoga Allah memberikan yang terbaik untuk Palestin khususnya dan umat Islam amnya.

Tarbiah – Cinta – Peduli

#artikelbulanan
#pmmm_media

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

To Top
Loading...