Artikel

Jenayah Siber

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 

Jenayah ٍٍSiber (cyber crime)

  • Jenayah komputer yang baharu pada abad ini. Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh sebab tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat sama ada benar atau salah, idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet.

 

 Klasifikasi jenayah siber :

Kesemua peringkat penggunaan komputer adalah sentiasa berhadapan dengan aktiviti jenayah. Sama ada sebagai mangsa kepada jenayah atau peralatan bagi jenayah atau kedua-duanya. Operasi input, pemprosesan data, operasi output dan komunikasi data telah digunakan dengan teliti untuk tujuan yang tidak sihat. Antara jenis jenayah siber yang biasa kita dengar ialah seperti berikut :

  • Penipuan
  • Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer.
  • Kecurian maklumat.
  • Capaian secara tidak sah keatas sistem
  • Menyalin perisian secara tidah sah.
  • Pengintipan
  • Judi siber
  • Skim cepat kaya
  • Pornografi
  • Penggodam atau “Hacker”
  • Penyebaran virus

 

Langkah-langkah untuk mengatasi jenayah siber ialah

  • Kerjasama antara negara serta secara global.
    • Memperkenalkan dan menjalankan rancangan membanteras penjenayah siber.
    • kerajaan-kerajaan negara Asia Tenggara memberi amaran kepada penjenayah siber dan mengumumkan rancangan ini melalui Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).
    • berkongsi maklumat-maklumat dalam keselamatan komputerdan membentuk unit jenayah siber.
    • menteri-menteri telekomunikasi ASEAN berkerjasama untuk menentukan standard ujian peralatan telekomunikasi yang boleh dilaksanakan dengan pantas dengan kos yang rendah.
    • menjejaki penjenayah dengan forensik komputer.
    • melatih lebih forensik komputer.
    • forensik komputer digunakan dalam penyiasatan, analisis untuk mendapatkan bukti-bukti jenayahdan kemukakan kepada kekuatan undang- undang.
  • Kerjasama antara kerajaan dengan syarikat serta pengguna internet.
    • syarikat yang ingin memulakan e-commerce perlu melakukan langkah-langkah keselamatan terdahulu dan berkongsi masalah
  • Pencerobohan dan penggodaman dengan kerajaan.
    • pengguna internet juga boleh berkongsi pengetahuan atau memberi cadangan kepada kerajaan untuk meningkatkan tahap teknik forensik komputer.

 

Jenayah siber mampu mengancam ekonomi negara

  • Jenayah siber dalam negara yang mencatatkan peningkatan ketara dengan 6,800 kes sehingga 30 Julai tahun ini berbanding 5,069 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu boleh mengancam ekonomi negara.-7 September 2015

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Dr. Amirudin Abdul Wahab berkata, perkara tersebut akan membuatkan pelabur asing bimbang akan keselamatan maklumat dan data penting mereka apabila melabur di negara ini.

“Peningkatan jenayah siber membuatkan pelabur kurang keyakinan untuk melabur di negara ini kerana bimbang akan ‘menggadaikan’ maklumat penting syarikat atau organisasi mereka terhadap penggodam-penggodam tidak bertanggungjawab ini.

“Antara sektor yang menjadi mangsa serangan siber adalah perbankan, syarikat telekomunikasi, sektor tenaga malah sektor kerajaan juga menjadi tumpuan penggodam dan penjenayah siber,” katanya dalam sidang akhbar ber kenaan ancaman siber dalam negara di sini hari ini.

Tambah Amirudin, pihaknya sentiasa bersedia menghadapi penjenayah siber dengan mengemas kini perisian dan berhubung rapat dengan agensi lain seperti Fortinet untuk menghadapi ancaman yang datang dari dalam dan luar negara.

“Walaupun berada di tangga ketiga Indeks Keselamatan Global 2014 antara 193 buah negara, kami sentiasa membuat penambahbaikan dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan penjenayah siber tidak dapat menem­busi sistem keselamatan kita.

“Apa yang lebih penting ialah kesedaran individu untuk melindungi data penting seperti kata laluan yang membolehkan penggodam mempunyai akses kepada dokumen syarikat atau maklumat peribadi,” katanya.

Mengulas mengenai ugutan penggodam yang menggelarkan diri mereka Anonymous Malaysia baru-baru, Amirudin berkata, beliau memandang serius ancaman yang disifatkan sebagai sia-sia itu.

 


Sumber rujukan :

 

|PMMM Cakna-Buletin|

To Top
Loading...