KALAM KETUA EDITOR

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Segala puji dan syukur dirafa’kan ke hadrat Allah subhanahu wa taala., tuhan yang mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar nabi kita, Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam, ahli keluarga baginda, para sahabat dan seluruh umat ISLAM.

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah subhanahu wa taala  kerana memberi peluang kepada saya memikul tanggungjawab sebagai Ketua Exco Penerbitan dan Dokumentasi sesi 2016/2017, sekali gus merangkap Admin 1 Portal PMMM.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda yang sudi berkunjung ke laman ini. Laman ini merupakan Portal Rasmi Persatuan Mahasiswa Malaysia Di Maghribi (PMMM).

 

Ke hadapan sidang pembaca yang dirahmati Allah subhanahu wa taala,

Pada sesi kali, seiring dengan hasrat Exco pada sesi yang terdahulu, PmmmMedia terus digunakan sebagai medium penghubung antara sesama Mahasiswa/wi PMMM khususnya dan sidang pembaca amnya. Badan ini telah ditubuhkan adalah bertujuan untuk membentuk satu generasi yang celik Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Tambahan pula, pada era ledakan teknologi maklumat ini, hampir setiap perkara di hujung jari sahaja.

Portal ini memainkan peranan dalam menyalurkan maklumat serta info terkini tentang PMMM. Selain itu juga, ia menjadi satu medium kepada masyarakat luar dalam mengenali persatuan secara lebih dekat lagi. Semoga dengan wujudnya portal ini, anda tidak perlu bersusah payah mencari maklumat dan informasi tentang Maghribi.

Akhir sekali, saya ingin memohon seribu kemaafan atas sebarang kesulitan dan kekurangan sepanjang menggunakan laman ini. Sebarang cadangan, teguran atau perkongsian, boleh diunjurkan terus kepada saya ataupun kepada kami melalui ruangan komen ataupun dengan menekan tab ‘Hubungi Kami‘.

 

Semoga Allah memberkati hidup kita dan PMMM terus maju di bawah naungan-Nya.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
AHMAD SAFWAN BIN YUNOS,
Ketua Admin
Portal PMMM 2016/2017.
To Top
Loading...