Karya Siswa

Kereta Api

WhatsApp Image 2020-02-11 at 9.44.18 AM (1)

Kereta Api

Oleh: Kaled

Kehidupan itu (sebahagiannya) seperti Perjalanan Kereta Api. Lengkap dengan perhentian-perhentian stesen. Landasan rélnya lurus terkadang melengkung, bertukar arah di persimpangan yang menentukan destinasi bakal dituju.

Di dalamnya para penumpang. Ada yang menaikinya sedari awal perjalanan (semisal keluarga), ada juga di tengah perhentian (semisal insan baharu yang hadir dalam hidup).

Di antara mereka, ada yang kita berbual, bercerita perihal kehidupan. Tetapi tidak semua, ada yang memberi kesan; kekal dalam ingatan. Ada juga yang berlalu begitu sahaja (semisal jurutera pembersihan). Sekalipun, janganlah biarkan dia berlalu tanpa penghargaan; terima kasih.

Kemudian satu demi satu akan turun di tempat berhenti; stesen tertentu. Dalam sedar ataupun tidur, saat menyedarinya kerusi telah pun kosong (tiba-tiba, tanpa tanda). Kekosongan yang ditinggalkan boleh jadi begitu dalam, sepi dan lengang. Mungkin juga tidak. Boleh jadi ianya diwarnai dengan ucapan selamat tinggal dan perpisahan.

Namun, siapa kita untuk menafikan semuanya. Perjalan harus diteruskan sehingga ke penghujung. Cuba, ikhtiar, usahalah menjadi “penumpang” yang terbaik. Agar perjalanan kita dan yang lain lancar dan baik.

Semoga apa yang ditinggalkan kita adalah kenangan-kenangan indah sebagai bekal perjalanan mereka nanti. Pabila tiba saat kita untuk turun meninggalkan kerusi, seraya ucapkanlah terima kasih kepada “penumpang” yang lain.

 

– Kaled

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

To Top
Loading...