Aktiviti

KUNJUNGAN DAN SUMBANGAN DERMA KILAT

25488171_1534111236671686_8644935523668168119_o 25531855_1534111233338353_4019808419518336192_o

 

Pada hari Ahad, bersamaan 17 Disember 2017, Exco Kebajikan telah berkesempatan melawat bapa saudara kepada seorang mahasiswa, Irfan bin Danial yang dimasukkan ke hospital akibat masalah buah pinggang dan kompilasi paru-paru disebabkan musim sejuk.

Pihak exco juga telah ditemani oleh dua orang wakil dari Ahli Majlis Tertinggi iaitu saudara Ahmad Haiqal Fitri bin Ahmad Fuad selaku Presiden dan saudari Nurul Fatini binti Mahmud selaku Timbalan Bendahari serta beberapa orang mahasiswa dan mahasiswi. Di kesempatan ini juga, pihak kami telah menyerahkan sumbangan derma kilat kepada isteri beliau. Alhamdulillah, keadaan beliau semakin beransur pulih dari sebelumnya.

Tidak hanya itu, beliau dan isteri sempat menyampaikan ucapan terima kasih di atas kunjungan dan bantuan yang dihulurkan daripada mahasiswa dan mahasiswi yang berada di Maghribi.

Akhir kalam, marilah sama-sama kita panjatkan doa agar beliau terus diberi kesihatan dan kekuatan, dan semoga urusan mereka dipermudahkan Allah SWT.

Facebook : Exco Kebajikan

Tarbiah – Cinta – Peduli

To Top
Loading...