Baru-baru ini, pihak Kedutaan Besar Malaysia ke Maghribi dan Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi (PMMM) telah menerima kunjungan hormat daripada Speaker Dewan Negara (Yang di-Pertua Dewan Negara) YB Senator Datuk SA. Vigneswaran dan delegasinya.
Oleh itu, sebuah program Makan Malam bersama Delegasi Speaker Dewan Negara (Yang Di-Pertua Dewan Negara), YB Senator Datuk SA. Vigneswaran telah diaturkan bagi tujuan ramah mesra antara pihak Delegasi Speaker Dewan Negara dan pelajar pada Rabu, 17 Mei yang lalu bertempat di Hotel La Tour Hassan, Rabat.
Majlis tersebut telah dihadiri seramai 25 orang pelajar termasuk saudara Ahmad Haiqal Fitri bin Ahmad Fuad selaku Presiden PMMM. Pelbagai isu terkini telah dibincangkan. Antaranya, mengenai perkembangan isu politik di Malaysia dan banyak lagi.
Pihak PMMM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini yang sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat serta informasi yang berguna untuk semua secara amnya manakala khusus buat ahli PMMM seterusnya menjamin kualiti intelektual dalam kalangan mahasiswa.
Tarbiah – Cinta – Peduli