Aktiviti

KUNJUNGAN HORMAT MAHASISWA MALAYSIA BAHARU

Pada 11 Februari 2019, satu kunjungan hormat antara mahasiswa Malaysia baharu ke Kedutaan Besar Malaysia di Rabat, Maghribi telah diadakan.

Dalam ucapan alu-aluan Puan Yang Terutama Dato’ Astanah Abdul Aziz selaku Duta Besar Malaysia ke Maghribi, beliau menasihati para mahasiswa supaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam pelajaran di samping menjaga imej baik Malaysia di bumi Maghribi. Beliau juga menggalakkan para mahasiswa untuk bergiat aktif di luar dewan kuliah terutamanya melibatkan diri dalam pelbagai program yang dianjurkan oleh pihak Kedutaan dan PMMM. Beliau juga mencabar mereka untuk menjadi mahasiswa yang fasih dalam berbahasa Arab dan Perancis di samping tidak melupakan Bahasa Inggeris.

Para mahasiswa kemudian diberi taklimat tentang Dasar Luar Negara dan Hubungan Dua Hala Malaysia-Maghribi oleh Encik Shahril Nizam Abdul Malek, Menteri Penasihat Kedutaan Besar Malaysia di Rabat, Maghribi. Diikuti pula dengan taklimat urusan konsular oleh Puan Afiza Nurul Ain Mohd Arshad, Setiausaha Ketiga Kedutaan Besar Malaysia di Rabat, Maghribi.

Pihak PMMM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PYT Dato Duta Astanah Abdul Aziz dan seluruh pegawai di Kedutaan Besar Malaysia di Rabat, Maghribi atas kesudian mereka menerima kunjungan hormat ini dengan hati yang terbuka.

.: Cultivating A W.I.S.E. Ummah :.

52702712_2089778477771623_9171617577858760704_o

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

To Top
Loading...