Aktiviti

Kunjungan Mesra oleh Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Joofre

 

SATU PENGEMBARAAN BERIBU PENGAJARAN

مَنْ سَلَكَ طَرِيْقًا يَلْتَمِسُ فِيْهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللهُ بِهِ طَرِيْقًا إِلَى الْجَنَّةِ
Ertinya : ”Barang siapa yang menempuh jalan untuk mencari suatu ilmu, niscaya Allah memudahkannya ke jalan menuju syurga”. (HR. Termidzi)

Hadis diatas telah diulang-ulang oleh Al-fadhil Ustaz Syed Abdul Kadir Al Joofre sepanjang kunjungan beliau terhadap para pelajar Malaysia yang berada di Rabat pada 16 April 2017 manakala di Fes pada 18 April 2017 yang menjadi pembakar semangat untuk menuntut ilmu walau pelbagai dugaan dan rintangan yang mendatang.

Selain itu, beliau juga mengingatkan kita supaya sentiasa memanjatkan syukur kepada Allah. Walaupun kita sering lalai dan alpa, namun kita masih lagi dipilih Allah untuk menjadi penuntut ilmu.

Di samping itu, beliau juga menyatakan bahawa ulama’ terdahulu sangat cintakan ilmu dan merasai kemanisannya disebabkan cabaran yang dihadapi ketika menuntut ilmu. Oleh itu, kita haruslah mencontohi kegigihan para ulama’ terdahulu dalam menuntut ilmu.

Akhir kata, pihak persatuan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di dalam program ini. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kami kepada Dr. Ustaz Khalid Zahri, salah seorang pegawai yang berkhidmat di Perpustakaan Diraja Maghribi kerana turut memeriahkan majlis dengan memberi sedikit perkongsian ilmu yang bermanfaat. Semoga usaha semua diberkati dan diganjari oleh sebaik-baik pemberi ganjaran.

Tarbiah – Cinta – Peduli

To Top
Loading...