Program Exco

Laporan Aktiviti: I4TN Ramadhan

Pada hari Sabtu bersamaan 20 Mei 2017 yang lalu, pihak Exco Kebajikan dengan kerjasama badan NGO لنرسم الابتسامة telah berjaya menjalankan satu program yang dinamakan 14TN RAMADAN bertempat di Taroudant, Agadir. Program ini telah disertai seramai 5 orang ahli termasuk saudari Husna Saifulzaman , selaku Timbalan Presiden II Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi dan saudara Muhammad Anas Fikri, selaku Ketua Exco Kebajikan.

Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 8 jam yang bermula dari Casablanca hingga ke Taroudant, Agadir ini merupakan satu program yang berkesinambungan daripada 14TN Winter pada tahun 2016 yang lalu. Uniknya di sini, program I4TN RAMADAN dijalankan khusus bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan daripada segi kewangan dan barangan keperluan harian untuk menghadapi bulan Ramadhan. Tidak hanya itu, sumbangan yang dihulurkan daripada pelbagai pihak termasuk warga PMMM sendiri digunakan sepenuhnya untuk membeli barangan keperluan tersebut; antaranya minyak masak, tepung, gula, susu, beras, kurma, kekacang dan lain-lain lagi.

Justeru, kami pihak Exco Kebajikan ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan ucapan terima kasih buat semua pihak yang sudah terlibat secara lansung iaitu yang turut sama melibatkan diri ketika program dijalankan mahupun tidak lansung iaitu sumbangan yang dihulurkan dalam bentuk wang.

Betapa sumbangan yang kalian hulurkan telah berjaya mengukir senyuman manis dan rasa syukur di wajah lebih kurang 100 buah keluarga di sana.

Akhir kata, semoga Allah membalas setiap jasa baik kalian dengan mengurniakan rezeki berupa ketenangan dan kemudahan baik di dunia mahupun di akhirat.

Sekian,

#bersamakitapeduli
#excokebajikan
#marhabanyaramadan

::TARBIAH – CINTA – PEDULI::
::PMMM CAKNA, PMMM PRIHATIN::

To Top
Loading...