Tazkirah

Maafkanlah [Bahagian 1]

Artikel Ilmiah

بسم الله الرحمن الرحيم
وما توفيقي إلا بالله عليه توكلت وإليه أنيب

MAAFKANLAH !

“Maafkanlah Kesalahan Insan, Carilah Keampunan Tuhan.

MAAFKANLAH, BUAT DIRIMU JUA
Dalam kitab karangan Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali RH, Ihya U’lumuddin menukilkan kehebatan seorang sahabat bagi mencerminkan kemulian dalam memberi maaf. Beliau yang dimaksudkan ialah Abu ad-Darda’ RA. Di dalam Kitab A’lam as-Sohabah karangan Syeikh Sa’id Hawwa RH menyatakan nama sebenar beliau ialah U’waimir Abu ad-Darda’.

Pernah diangkat nama beliau oleh Rasululah SAW di medan Perang Uhud apabila Rasullah SAW bersabda mengenai beliau dengan memuji mengata bahawa Abu ad-Darda’ RA : “Prajurit kuda yang paling terbaik adalah U’waimir”. Apabila beliau ditanya siapakah mereka manusia yang paling mulia?.Beliau menjawab orang yang paling mulia itu adalah mereka yang mampu memaafkan,maka maafkanlah! Allah جل جلاله akan memuliakan orang yang demikian. Moga kita antara mereka yang sentiasa dimuliakan oleh Allah جل جلاله
Dale Carnargie dalam bukunya Stop Worrying dan Start Living menyatakan bahawa memaafkan kesalahan orang lain adalah seperti memaafkan diri sendiri. Hal ini kerana kemarahan kita terhadap orang lain lebih merosakkan diri sendiri berbanding orang yang kita marahkan itu.
Al-Quran juga banyak merakamkan ayat-ayat yang berkaitan kebaikan dan suruhan Allah جل جلاله
dalam memaafkan manusia yang lain. Antaranya :-
خُ ذِ اِلْعَفْوَِ وَِأْمُرِْ بِ الْعُرْ فِ وَِأَعْ رضِْعَِ نِ اِلْجَا ه لينَِ
Yang bermaksud: Jadilah engkau seorang yang pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh. (al-A’raf :199)
Dalam ayat yang lain :-

وَلا يَِأْتَ لِ أُِولُوا اِلْفَضْ لِ منْكُمِْ وَِِ اِلسَّعَ ةِ أَِنِْ يُِؤْتُوا أُِو لي اِلْقُرْبى وَِِ اِلْمَساكينَِ وَِِ اِلْمُها جرينَِ فِي سَِبي لِ اِللِ وَِِ لِْيَعْفُوا وَِِ لِْيَصْفَحُوا أَِلاِ
تُ حبُّونَِ أَِنِْ يَِغْ فرَِ اِللُِ لَِكُمِْ وَِِ اِللُِ غَِفُو رِ رَِحي مِ
Yang bermaksud: Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu,bersumpah tidak mahu memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah dan sebaliknya hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. (an-Nur :22)
Juga lagi rakaman firman Allah جل جلاله :-
وَلَمَن صَِبَرَِ وَِغَفَرَِ إِ نَِّ ذَِ لكَِ لَِ منِْ عَِزْ مِ اِلْْمُُو رِ
Yang bermaksud : Dan pada itu (ingatlah) orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya) sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat.(as-Syura :43)
Juga firman-Nya :-
يَا أَِيُّهَا اِلَّ ذينَِ آِمَنُوا إِ نَِّ منِْ أَِزْوَا جكُمِْ وَِأَوْلَا دكُمِْ عَِدُوًّا لَِكُمِْ فَِاحْذَرُوهُِمِْ وَِۚإ نِْ تَِعْفُوا وَِتَصْفَحُوا وَِتَغْ فرُوا فَِإ نَِّ اِلَّهَِ غَِفُو رِ رَِ حي مِ
Yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka; dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (at-Thagaabun:14)
Dan firman Allah Ta’ala :-
الَّ ذينَِ يُِنْ فقُونَِ فِ ي اِلسَّرَّا ءِ وَِالضَّرَّا ءِ وَِالْكَا ظ مينَِ اِلْغَِيْظَِ وَِالْعَاف ينَِ عَِ نِ اِلنَّا سِ وَِاللَُِّّ يُِ حبُِّ اِلْمُحْ سن ينَِ
Yang bermaksud : Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan marahnya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan ingatlah, Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. (Ali Imran: 134)
“Memaafkan itu melegakan, sekarang mari kita berpikir jernih, benarkah dalam hidup yang singkat ini kita rela menghabiskan usia hanya untuk memendam kesal dan kebencian yang mendarah daging?”
Percaya atau tidak,orang yang tidak memaafkan akan sentiasa ‘diikat’ oleh orang yang tidak memaafkanya itu. Sebaliknya jika memaafkan, kita akan terlepas daripada simpulan ikatan kemarahan.
Bahkan Allah mengingatkan hal ini menerusi firman-Nya :-
وَلا تَِسْتَ وي اِلْحَسَنَةُِ وَِلا اِلسَّي ئَةُِ اِدْفَعِْ بِ الَّت ي هيَِ أَِحْسَنُِ فَِإ ذَا اِلَّ ذي بَِيْنَكَِ وَِبَيْنَهُِ عَِدَاوَةِ كَِأنََّهُِ وَِ لِ يِ حَِ مي مِ
Yang bermaksud: Dan tidaklah sama perbuatan yang baik dan yang jahat. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba antara kamu dan dia ada permusuhan jadikan seolah-olah ia adalah teman yang sangat setia. ( Fusshilat : 34)
Demikianlah antara rakaman firman Allah جل جلاله yang menyatakan tentang suruhan dan kebaikan bagi mereka yang mempunyai sifat pemaaf. Kita sebagai hamba-Nya hendaklah sentiasa untuk mengingati bahawa Allah جل جلاله itu Pencipta kita, maka bagi Allah Ta’ala jua terbuka luas pintu pemaaf-Nya kepada hamba-hamba-Nya. Jika hendak dibandingkan dengan kita,siapalah kita? hanyalah hamba. Itupun adakah patut bagi seorang hamba mengunci rapat pintu kemaafan bertambah lagi kebongkakkan yang meninggi mengelilingi hati supaya lebih ego dalam memberi maaf.
“Tak perlu bersusah payah untuk membalas dendam, cukup maafkan setiap kesalahan. Karena memaafkan adalah pembalasan yang terbaik.”

Dalam kalam mulia Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم juga banyak mengajarkan kita bahawa mempunyai sifat pemaaf adalah sangat dituntut dalam Islam bahkan menguntungkan kehidupan kita di dunia dan di akhirat. Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم bersabda :

مَا نَِقَصَتِْ صَِدَقَةِ منِْ مَِالٍ، وَِمَا زَِادَِ اِللَُِّّ عَِبْدًا بِ عَفْوٍِ إِ لاَِّ عزًّا، وَِمَا تَِوَاضَعَِِ «ِ : عَنِْ أَِب ي هُِرَيْرَةَِ رِضي اِلل عِنه عَِنِْ رَِسُو لِ اِللَِّّ قَِالَِ
أَحَدِ لِلَِّ إِ لاَِّ رَِفَعَهُِ
ِِ Yang bermaksud : Tidaklah sedekah itu akan mengurangi harta, dan tidaklah seseorang yang memaafkan kezaliman orang lain kecuali Allah akan menambahkan baginya kemuliaan dan ia tidak akan dirugikan. (Riwayat Imam Muslim)
Dalam hadis yang lain riwayat Imam Ahmad :-
حدثنا حِسن حِدثنا اِبن لِهيعة قِال حِدثنا زِبان عِن سِهل بِن مِعاذ بِن أِنس عِن أِبيه عِن رِسول اِلل صِِلى الله عليه وسلم أِنه قِال أِفضل اِلفضائلِ
أن تِصل مِن قِطعك وِتعطي مِن مِنعك وِتصفح عِمن شِتمك
Yang bermaksud : Telah menceritakan kepada kami Hasan telah menceritakan kepada kami Ibn Lahi’ah berkata ; telah menceritakan kepada kami Zabban dari Sahl bin Mu’adz bin Anas dari bapaknya dari Rasullah صلى الله عليه وسلم baginda bersabda : ”Keutamaan yang paling utama adalah kamu menyambung hubungan dengan orang yang telah memutuskanmu, kamu memberi kepada orang yang tidak pernah memberikan kepada kamu dan memaafkan orang yang mencelamu”
Marilah kita lihat bagaimana indahnya peribadi nabi-nabi terdahulu melalui sifat pemaaf lagi penyayang kepada kaum mereka. Hebatnya lagi nabi tersebut, siap memberikan pakej mendoakan kebaikan kepada mereka pada jalan Allah جل جلاله.  Seperti mana yang di ceritakan oleh Ibn Mas’ud RA :-
وعن أِبي عِبد اِلرحمن عِبد اِلل بِن مِسعود رِضي اِلل عِنه قِال كِأني أِنظر إِلى رِسول اِلل صِلى اِلل عِليه وِسلم يِحكي نِبياِ مًِنِ
الْنبياء صِلوات اِلل وِسلامه عِليهم ضِربه قِومه فِأدموه وِهو يِمسح اِلدم عِن وِجهه يِقول اِللهم اِغفر لِقومي فِإنهم لِا يِعلمونِ
متفق عِليه –
Yang bermaksud: “Seolah-olah saya melihat Rasulullah صلى الله عليه وسلم sedang bercerita tentang seorang Nabi daripada Nabi-nabi Allah. Nabi tersebut dipukul oleh kaumnya sendiri sehingga berlumuran darah. Lalu Nabi itu mengusap darah di wajahnya sambil berdoa “Ya Allah, ampunilah kaumku. Sesungguhnya mereka tidak mengerti”.
(Riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)

2 Comments

2 Comments

  1. sikis izle

    April 20, 2020 at 11:23 am

    hello I love the header of your blog, it is a personal creation?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

To Top
Loading...