Program Exco

Maghribi, Awas!

poster awas

[ISU KESELAMATAN] Maghribi; AWAS !

Isu keselamatan di Maghribi bukanlah satu perkara baru dalam kalangan kita, mahasiswa dan mahasiswi di bumi Maghribi itu sendiri. Bahkan ia menjadi satu isu yang tidak dapat tidak harus dititikberatkan dari semasa ke semasa.

Melihat kepada kadar jenayah yang kian meningkat akhir-akhir ini seperti kes kecurian, ragut, penyeluk saku, suka untuk kami sarankan kepada ahli PMMM sekalian agar kita bersama-sama mengambil langkah berjaga-jaga seperti berikut:

1) Berjalan di dalam kelompok yang ramai. Elakkan bersendirian terutamanya pada waktu malam bagi akhowat mahupun ikhwan. Sepertimana yang telah digariskan di dalam perlembagaan, akhowat hendaklah berada di rumah sebelum jam 7.30 malam manakala ikhwan, sebelum jam 12 malam.

2) Tidak mendedahkan telefon pintar atau barangan elektronik lain sewaktu berada di khalayak ramai dan melintasi kawasan sunyi.

3) Jarakkan diri anda daripada kelompok yang berlainan jantina terutama di tempat yang sesak seperti di pasar, semasa menaiki pengangkutan awam dan lain-lain bagi mengelakkan gangguan seksual yang tidak diingini.

Begitulah antara tiga langkah utama yang dapat kami kongsikan setakat ini.

Jadi,mari kita berfikir sejenak; Sudah cukupkah langkah berjaga-jaga yang kita ambil bagi mengelakkan bahaya di luar sana?

Dan kita sebagai Muslim,mohonlah perlindungan sebanyak-banyaknya daripada Yang Maha Kuasa agar terpelihara dan dijauhkan daripada segala mara bahaya.

Akhir kalam, seiring dengan motto yang dibawa, TARBIAH – CINTA – PEDULI, kami pihak Exco Kebajikan menyeru agar kecaknaan terhadap isu keselamatan ini dipertingkat dari semasa ke semasa. Jangan nanti bila sudah terhantuk, baru mahu terngadah.

Pesanan ikhlas daripada Exco Kebajikan PMMM 17/18.

:: TARBIAH – CINTA – PEDULI ::

To Top
Loading...