Aktiviti

Majlis Berbuka Puasa Bersama Kedutaan

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana kita telah dipertemukan sekali lagi dengan bulan Ramadhan yang mulia pada tahun ini.

Pembukaan tirai Ramadhan kali ini telah diraikan dengan berkumpulnya mahasiswa dan mahasiswi di Maghribi di Majlis Berbuka Puasa Bersama Kedutaan Besar Malaysia Ke Maghribi yang telah diadakan pada hari Ahad, 28 mei bersamaan 2 Ramadhan yang lalu.

Majlis bermula sejak 5.30 petang dengan kedatangan para pelajar dan diteruskan dengan slot perkongsian yang sangat menarik oleh tetamu khas iaitu Dr. Aisyah Zainordin ataupun lebih dikenal dengan nama penanya Muharikah. Kemudian para mahasiswa berbuka secara ringan dan diikuti jamuan makan setelah selesai solat maghrib berjemaah. Solat terawih berjemaah juga telah diadakan dan majlis diakhiri dengan sesi fotografi bersama pihak kedutaan dan para tetamu.

Jutaan terima kasih juga kami ucapkan kepada semua ahli yang turut serta bersama-sama membantu hulurkan tangan, ringankan beban bagi menjayakan program ini agar semuanya berjalan dengan lancar.

Akhir kata, selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi di Maghribi. Rebutlah segala peluang yang ada untuk meraih ganjaran dalam bulan yang penuh berkah ini.

Tarbiah – Cinta – Peduli

#RamadhanKareem #RamadhanDiHati
#pmmm_media

To Top
Loading...