Aktiviti

MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE 11

Bunga semambu semerbak mewangi,
Di atas ranting melekat sialang;
Warga berilmu martabatnya tinggi,
Aset terpenting negara gemilang.

Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi (PMMM) telah mengadakan Majlis Konvokesyen kali ke-11 pada 24 Julai 2018 bertempat di Riasah Mohamed V, Rabat untuk menyambut kejayaan para graduan yang telah bertungkus lumus berusaha dan memerah keringat di bumi Maghribi bagi menamatkan pelajaran dengan jayanya.

Seramai 37 orang graduan Ijazah Sarjana Muda, 3 orang graduan Ijazah Sarjana dan seorang graduan Ijazah Doktor Falsafah telah disambut dalam majlis yang penuh gemilang ini. Mereka merupakan graduan dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab dari seluruh Maghribi. Anak Melayu yang berada di bumi Maghribi ini turut tidak melepaskan peluang untuk meraikan para graduan bagi mencipta kenangan manis bersama-sama.

Majlis ini telah dirasmikan dan disempurnakan oleh Encik Shahril Nizam bin Abdul Malek selaku Kuasa Usaha Sementara merangkap Menteri Penasihat Kedutaan Besar Malaysia ke Maghribi.

Syabas dan tahniah diucapkan buat para graduan. Semoga dengan kejayaan yang tercipta ini menjadi panggilan inspirasi buat para mahasiswa kita supaya lebih bersemangat untuk terus menuntut ilmu serta dapat menabur bakti pada agama, bangsa dan negara yang tercinta.

.:CULTIVATING A W.I.S.E. UMMAH:.

1

To Top
Loading...