Album

MAJLIS MERAIKAN GRADUAN 2018

 

 

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang dan menerima ijazah pada Majlis Meraikan Graduan yang berlangsung pada 23 Mac yang lalu bertempat di kediaman rasmi Kedutaan Besar Malaysia ke Maghribi, Rabat.

Antara graduan yang diraikan pada majlis tersebut ialah saudara Izham Hakimi bin Redzan, saudara Ahmad Afiq Irshad bin Omar dan saudari Siti Rumizah Zakiah binti Muhammad Ramli. Berkat daya usaha, kesabaran dan kegigihan sepanjang mengharungi pengajian, mereka berjaya melakar kejayan yang sangat dibanggakan pada hari bersejarah ini.

Pihak persatuan ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak Kedutaan Besar Malaysia ke Maghribi yang banyak membantu dalam menjayakan majlis ini dan tidak lupa juga kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Semoga kejayaan mereka menjadi inspirasi kepada semua mahasiswa dan mahasiswi di Maghribi untuk terus berusaha dengan lebih lagi agar kita sama-sama dapat mengukir kejayaan kita bersama satu hari nanti.

Tarbiah – Cinta – Peduli

IMG_6123 IMG_6127 IMG_6130 IMG_6132 IMG_6141 IMG_6143 IMG_6147 IMG_6192 IMG_6199 IMG_6233 IMG_6246 IMG_6321

IMG_6268

To Top
Loading...