Aktiviti

Majlis Ramah Mesra

Alhamdulillah, telah selesai 3 Majlis Ramah Mesra yang melibatkan para ahli Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi (PMMM) sepanjang minggu lepas.

Majlis Ramah Mesra pertama adalah di antara ahli PMMM (muslimat) di wilayah Casablanca dan sebahagian muslimat dari wilayah Mohammedia dengan delegasi Dr Harlina Harlizah Siraj, Pakar Perunding Obstetriks & Ginekologi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Program tersebuat telah diadakan di kediaman pelajar Malaysia di wilayah Casablanca pada jam 9.30 pagi Hari Jumaat, bertarikh 12 Februari 2016.

06

 

Disusuli program kedua; menampilkan Dr. Nor Asiah binti Mohamad, pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak (UIAM) dengan perincian beliau yang bertajuk ‘Apa Itu Waqaf?’. Program ini diadakan di kediaman mahasiswa Malaysia di Rabat pada pagi hari Sabtu, 13 Februari 2016 bermula jam 11.00 pagi.

02

 

 

Pada hari yang sama juga, jam 2.00 petang bertempat di kediaman mahasiswa Malaysia di Fes, telah diadakan ramah mesra berserta tazkirah dan diskusi yang disampaikan oleh Y.Bhg Prof. Dr. Azizan Ahmad, Pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM).

10  09  07

 

Tahniah dan syabas diucapkan buat semua pihak yang terlibat dalam menjayakan ketiga-tiga program ini. Semoga setiap butir tutur kata yang bermanfaat daripada ketiga-tiga insan hebat ini dapat kita serap dan aplikasikan dalam menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa/wi yang bakal mewarisi tanggungjawab mereka kelak.

 

“Mahasiswa Aktif, Intelektual Produktif”

 

Salam hormat,

PmmmMedia

 

To Top
Loading...