Ucapan

Malaysiaku Merdeka!

Ucapan bersempena Hari Kebangsaan ke-60 tahun oleh saudari Nur Izwa Fatin, timbalan setiausaha kehormat 2 PMMM.

Merdekanya kita pada suatu masa yang dahulu adalah dalam memperjuangkan kebebasan tanah air daripada cengkaman penjajah sang durjana. Kini, mimpi telah bertukar menjadi realiti. Apakah usaha perjuangan yang kita taruhkan dahulu terhenti pada 60 tahun yang lalu? Ketahuilah, bahawa perjuangan dalam mengisi kemerdekaan semestinya lebih sukar dan payah berbanding dengan perjuangan mendapatkan kemerdekaan itu sendiri. Sudah tentu disebalik frasa kemerdekaan itu sebenarnya terselit dengan seribu pengorbanan insan-insan luar biasa. Tidak akan ada kemerdekaan tanpa adanya pengorbanan.

Ayuh rakan mahasiswa sekalian! Sama-sama kita persiapkan diri dengan penguasaan ilmu yang mencakupi semua bidang tidak lain dan tidak bukan untuk negara kita yang tercinta.

Berusahalah! Berjuanglah! Demi Malaysia tercinta!

Tarbiah – Cinta – Peduli

#Merdeka
#Negaraku
#sehatisejiwa
#pmmm_media

To Top
Loading...