Karya Siswa

Masih

Masih

Tajuk : Masih

 

Semisal duduk pegun di Ruang Menunggu, merenung jauh; menanti khabar pasti mahupun fantasi. Pada intinya setiap orang mahukan kepastian.

 

Ketika hati meruntun mahu bangun dan lari mengangkat kaki pergi, langsung digari semula oleh sebuah percaya dan setia, yang datang dari ketulusan jiwa. Terkadang ia seperti mengalahkan segala.

 

Namun sedarlah bahawa segala hal memerlukan usaha. Untuk itu bantinglah tulang; kerja keras diimbangi bersama–   berserah dan doa menjadi pensyaratan mutlak untuk dilunasi.

 

Barangkali hasrat tidak sejajar garis waktu untuk membuktikan semua. Begitupun janganlah dilabuhkan harapan itu. Semoga khabar berkunjung nanti harum dek calitan kasturi wangi.

 

– Kaled

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

To Top
Loading...