Aktiviti

Mesyuarat Agung Tahunan 2017

Program : Mesyuarat Agung Tahunan 2017

Tarikh : 5 & 6 April 2017

Tempat : Mudarraj BuTholib, Universiti Mohammed v Souissi, Rabat, Maghribi

Disertakan teks ucapan Mantan Presiden PMMM 16/17 saudara Ahmad Irfan Yusob :
Barangkali, politik organisasi juga umpama cinta, bertapak di atas kepercayaan dan keihklasan. Justeru itu, kami mempercayai barisan AMT 2017/2018 yang dipilih melalui jalan demokrasi ini berkemampuan untuk memikul amanah ini dengan ikhlas serta boleh membawa negeri kecil PMMM ini ke tempat yang lebih tinggi dan dihormati.

Moga panduan serta petunjuk Allah bersama kalian dalam setiap hal dan tindak tanduk dalam persatuan. Moga ini juga peluang buat kalian untuk mendalami erti hidup pada memberi serta mendalami aspek pengorbanan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dalam menyampaikan risalah kebenaran.

Akhir kata, ucapan tahniah dan takziah sekali lagi buat AMT sesi 2017/2018 yang terpilih. Kami sentiasa bersama kalian.
إن الله معنا

To Top
Loading...