Aktiviti

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PMMM 2018

Dengan bertemakan “Full of Love”, Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi (PMMM) bagi tahun 2018 kali ini diharmonikan dengan suasana penuh cinta oleh para ahlinya. Segala komentar, kritikan dan cadangan yang dilontarkan dengan penuh hemat dan saling menghormati antara satu sama lain sepanjang mesyuarat berlangsung.

Bertempat di dewan National Institute of Posts and Telecommunications (INPT), Rabat, MATPMMM 2018 telah berjalan dengan jayanya selama 2 hari berturut-turut bermula 11 hingga 12 April yang lalu dibawah pantauan saudara Ahmad Safwan bin Yunos selaku pengarah program.

Apa yang menarik pada MATPMMM 2018 kali ini turut diselitkan juga slot khas bersama Penasihat PMMM sesi 2017/2018 yang dikendalikan oleh 3 orang panelis iaitu En Shahril Nizam bin Abdul Malek, saudara Abdul Azim bin Akbar dan saudara Muhammad Izzul Naqiyudin bin Azman di awal acara.

Turut meraikan kehadiran Puan Yang Terutama Astanah Abdul Aziz selaku Duta Besar Malaysia ke Maghribi merangkap sebagai Penaung PMMM telah merasmikan MATPMMM 2018 dengan baik.

Sekalung syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan pimpinan PMMM bagi sesi 2017/2018 kerana telah menjalankan tugas dalam mentadbir persatuan yang kita cintai dengan baik, telus dan amanah. Semoga segala sumbang bakti yang dihulurkan berterusan dalam meraih manfaat buat semua secara umumnya, manakala buat ahli PMMM secara khususnya.

Selamat maju jaya juga diucapkan kepada legasi pimpinan PMMM yang baru bagi sesi 2018/2019. Selamat memimpin dengan hikmah!

Tarbiah – Cinta – Peduli

 

IMG_4078IMG_7462IMG_4451 IMG_4452 IMG_4455 IMG_4457 IMG_4460 IMG_4461 IMG_4464 IMG_4466 IMG_4469 IMG_4472 IMG_4475 IMG_4478 IMG_4485 IMG_4488IMG_4491 IMG_4494 IMG_4496 IMG_4500 IMG_4503 IMG_4507 IMG_4510 IMG_4513 IMG_4516 IMG_4520 IMG_4523 IMG_4528IMG_7899

To Top
Loading...