Penaku Patah

Pengajian Berkitab di Morocco

Pengajian Berkitab di Morocco.

 

Setiap tahun, sering kedengaran keluhan dari pelajar-pelajar baru di Morocco tentang ketiadaan kelas-kelas pengajian berkitab di sini. Manakan tidak, harapan mereka terhadap bumi Awliya’ ini amatlah tinggi sebelum mereka sampai lagi. Azamnya nanti sudah sampai di sini, mahu menadah kitab ini dan ini. Mahu menadah dengan syeikh-syeikh bumi Morocco. Tetapi sesampainya di sini, perkara itu difikirkan hanya tinggal angan-angan.

 

Sebenarnya, kelas-kelas pengajian berkitab di sini bukan tidak ada. Ada, cuma perlu rajin mencari. Kalau anda hanya menunggu kelas di masjid-masjid, ketahuilah masjid di Morocco tidak seperti masjid di Malaysia. Kerajaan di sini hanya membenarkan beberapa masjid tertentu sahaja untuk diadakan kelas pengajian. Dan kuantitinya tidak banyak.

 

Jadi, apa jalan penyelesaiannya?

 

Ada beberapa tempat selain masjid yang menyediakan kelas-kelas pengajian berkitab:

 

  1. Majlis Ilmi (المجلس العلمي) – Setiap wilayah mempunyai markaz Majlis Ilmi masing-masing. Majlis Ilmi ini berada dibawah penyeliaan Kementerian Wakaf Morocco. Boleh google saja untuk tahu lokasinya. Dah jumpa lokasi, pergi ke situ dan tanya jadual kelas-kelas yang ada. Tanya juga prosedur yang perlu dilalui jika ingin mengikuti pengajian.

 

  1. Muassasah dan Jam3iyah (مؤسسة وجمعية) – Bukan jamiah ya. Yang ini kena rajin mencari sikit. Tak banyak tapi ADA. Macam pondok moden gitu.  Perlu tanya kawan-kawan Morocco yang ada ihtimam dengan pengajian turath. Kalau tak ada yang tahu, tanya imam-imam masjid. Tanya juga senior-senior lama yang pernah belajar di wilayah tersebut. Yang penting kena tanya orang tempatan dan usaha cari, insyaallah jumpa.

 

  1. Madrasah ‘Atiqah dan Zawiyah – Yang ini pondok tradisional Morocco. Selalu pelajar Asia pergi ke sini waktu cuti musim panas. Waktu lain pun boleh pergi tak ada masalah. Cumanya jauh dari wilayah pelajar tinggal. Boleh tanya senior-senior yang berpengalaman pergi.

 

  1. Ada juga pengajian yang bergantung kepada keadaan guru semata-mata. Pelajar perlu mendekati guru-guru yang dikenali dengan keilmuan mereka. Minta izin untuk menadah kitab dengan mereka dan dapatkan maklumat tentang waktu lapang untuk mereka mengajar. Tempat belajar bergantung kepada guru, kalau di madrasah, madrasahlah. Kalau di rumah, rumahlah. Atau boleh jemput ke tempat khas yang disediakan untuk mereka, seperti yang dilakukan Pondok Jawi Maghribi di sini.

 

Moga kita dikurniakan peluang dan ruang oleh Allah untuk terus menambah ilmu di bumi Maghribi tercinta.

 

– Abdullah Zawawi

To Top
Loading...