Karya Siswa

Pengalaman Belajar di Maghribi

Pengalaman Belajar di Maghribi

Oleh: Fadhli Ezz


WhatsApp Image 2020-02-11 at 10.06.08 AM

 

 

 

 

 

 

 

Pengalaman belajar di Maghribi. Saya beruntung kerana telah dan masih berpeluang memijakkan kaki di bumi para auliya’ ini. Banyak perkara yang boleh saya pelajari dan perolehi daripada pengalaman ini sama ada perkara duniawi mahupun ukhrawi. Disini sedikit sebanyak saya ingin berkongsi tentang pengalaman dan pengajaran yang telah saya perolehi di bumi Maghribi untuk dijadikan sebagai pedoman. Selamat membaca dan semoga ianya bermanfaat.

 

  1. Bagaimana pengalaman belajar di Maghribi? Belajar di Maghribi sudah tentu menjadi pengalaman berkesan dan berharga bagi saya. Ada beberapa perkara yang saya boleh kongsikan disini. Pertama, harus diakui bahawa tahap sistem pembelajaran dan kemudahan belajar di Maghribi adalah lebih kurang seperti sistem pembelajaran di Malaysia. Maka, sudah tentu tiada masalah terhadap pembelajaran kerana sistem yang digunapakai di Maghribi sangat sistematik. Kedua, belajar di Maghribi menjadi kesempatan bagi saya untuk mengenali bahasa dan budaya rakyat Maghribi. Saya boleh mengetahui dan mempelajari budaya mereka melalui rakan-rakan Maghribi dari segi kehidupan, pemakaian serta makanan dan banyak lagi. Disamping itu, saya juga dapat memperkenalkan bahasa dan budaya Malaysia kepada rakan-rakan saya disini. Dengan itu, budaya Malaysia tidaklah lagi asing dalam kalangan masyarakat di Maghribi dan seterusnya menarik minat mereka untuk mengetahui tentang budaya kita dengan lebih mendalam.

 

  1. Bagaimana sistem pembelajaran di Maghribi? Sistem pembelajaran di Maghribi sangat menekankan pembacaan buku-buku ilmiah dan menjadikan para pelajar “gila” untuk membaca. Membaca adalah satu keperluan kepada para pelajar kerana dengan membaca dapat menajamkan serta mematangkan pemikiran mahasiswa dan membentuk generasi yang berfikiran jauh. Selain itu, sistem pembelajaran di Maghribi sangat sistematik jika dibandingkan dengan beberapa negara Afrika yang lain. Susunan jadual waktu kelas yang ideal dapat membantu para pelajar lebih fokus di dalam kelas. Di samping itu, jadual waktu kelas yang tersusun dapat memudahkan para pelajar untuk mengulangkaji serta berdiskusi bersama pelajar-pelajar yang lain.

 

  1. Apakah pengalaman paling berharga di Maghribi? Belajar di satu negara dengan budaya masyarakat dan budaya belajar yang berbeza seperti di Maghribi adalah satu pengalaman yang paling berharga. Bagi saya, dengan mempelajari budaya lain adalah menarik. Hal ini kerana, dalam beberapa perkara, setiap negara dan setiap budaya memiliki kekurangan dan kelebihan. Menurut saya yang paling penting adalah bagaimana kita menyingkapi pengalaman kita dengan kesedaran positif dengan mengambil perkara yang baik dan membuang perkara yang negatif. Seterusnya, apabila kita pulang ke tanah air, kita mampu untuk menerapkan nilai-nilai positif dalam diri generasi akan datang. Selain itu, perkara lain yang saya kira juga sangat berharga ialah peluang untuk merasai sendiri pembelajaran di Maghribi. Melihat dan mengalami sendiri bagaimana corak pembelajaran yang digunapakai oleh tenaga pengajar disini.

 

  1. Apakah motivasi saya belajar ke Maghribi? Belajar ke luar negara adalah impian saya sejak kecil. Ketika itu motivasi terbesar adalah sekadar ingin melihat budaya bangsa lain. Disamping itu, kakak sepupu saya pernah menyambung pelajarannya ke Australia dalam bidang farmasi. Perkara ini membuatkan saya lebih berminat untuk menyambung pelajaran ke luar negara dan mahu merasai sendiri pengalaman menuntut ilmu di negara lain. Selain itu, saya juga mahu meningkatkan kemampuan berbahasa dalam Bahasa Arab. Berikut adalah cara yang paling efektif kerana saya berkesempatan untuk mempraktikkan Bahasa Arab secara langsung dengan masyarakat di Maghribi.

 

       5. Apakah motivasi yang ingin disampaikan kepada para pelajar diluar sana? Saya selalu mengatakan kepada diri saya, lakukan yang terbaik. Jika gagal, bangkit semula dan perbaiki segala kegagalan tersebut. Selain itu, lakukan sesuatu perkara sesuai dengan kemampuan kita. Tidak perlu menjadi yang terbaik. Tidak perlu juga berusaha mengalahkan orang lain. Namun berusahalah untuk selalu melakukan yang terbaik. Sebagai pelajar, belajarlah bersungguh-sungguh dan bekalkan diri dengan ilmu pengetahuan. Terakhir, jangan pernah merasa rendah diri dan malu ketika belajar. Ingat yang penting bukan siapa diri kita tetapi ke mana tujuan kita. Para pelajar hendaklah selalu fokus dalam mengejar impian. Jangan takut bermimpi besar.

Sekian.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

To Top
Loading...