Aktiviti

PENYERTAAN MALAYSIA DALAM KEJOHANAN PING PONG TERBUKA MAGHRIBI

MEKNES, 6 November – Seramai 5 orang mahasiswa telah menyertai Kejohanan Ping Pong Terbuka hasil jemputan oleh Redoine Oudehbi selaku Ketua Kelab Ping Pong Meknes melalui pihak Exco Sukan, Kebudayaan dan Rekreasi bersempena dengan peristiwa ‘Masiratul Khadra’ yang disambut oleh warga Maghribi baru-baru ini di Aguorai, Meknes. Kejohanan tersebut turut disertai oleh beberapa buah kelab ping pong terkemuka di Maghribi yang diwakili oleh beberapa orang juara kebangsaan Maghribi.

Perjalanan panjang telah ditempuh oleh wakil peserta untuk sampai ke Aguorai. Mereka bergerak dari Rabat dan tiba di Meknes lebih kurang pada jam 1.30 pagi. Oleh kerana ketiadaan rumah pelajar Malaysia disana, semua peserta tidak berkesempatan untuk tidur seharian dan hanya duduk serta berehat di kedai makan stesen minyak berhampiran Stesen Keretapi Meknes. Seterusnya mereka bergerak ke Aguorai pada jam 7 pagi dengan menaiki teksi kabir. Setibanya disana, mereka disambut baik oleh pihak penganjur dan menerima layanan yang baik sekali sehingga tamat kejohanan.

Akhir kata, kami amat berbesar hati kerana dapat menjalinkan kerjasama dan berkenalan dengan kelab-kelab ping pong di Maghribi. Mereka juga memberitahu bahawa mereka terbuka untuk warga PMMM menghadirkan diri ke tempat latihan mereka dan berlatih serta bermain bersama mereka.

Kata akhir daripada saudara Redoine, beliau berterima kasih kerana pihak persatuan telah memenuhi jemputan beliau kali ini. Sekaligus ianya sebagai satu perkenalan yang amat dinantikan. Beliau juga bersedia membantu sepenuhnya jika pihak persatuan ingin mengadakan program kesukanan dan beliau bersedia memenuhi sebarang jemputan pihak PMMM.

Tahniah juga diucapkan kepada semua peserta yang mewakili tanah air! Semoga jalinan baik yang telah dibina ini berterusan mengalir manfaatnya buat semua pihak, khususnya para penuntut Malaysia di Maghribi.

#BadanSihatAkalSihat

Facebook : Exco Sukan Kebudayaan Rekreasi

Tarbiah – Cinta – Peduli

To Top
Loading...