PENGAJIAN
1. SISTEM PENGAJIAN
- Bagi peringkat Ijazah Kedoktoran/PhD, sistem pengajian yang ditawarkan adalah berbentuk penyelidikan sepenuhnya (full thesis). Bidang pengkhususan yang ditawarkan adalah berubah-ubah setiap tahun. Setiap perubahan boleh rujuk melalui laman AMCI.
2. TEMPOH PENGAJIAN
- Tempoh pengajian bagi peringkat ini adalah antara tiga (3) hingga lima (5) tahun.
3. BIDANG PENGAJIAN
- Bidang pengajian akan dikeluarkan pada bulan Julai ini.
4. YURAN PENGAJIAN
- Yuran pengajian adalah PERCUMA.
PERMOHONAN
1. CARA-CARA MEMOHON
- Isi borang Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
- Hantar semua dokumen-dokumen yang diperlukan kepada KPT
2.DOKUMEN-DOKUMEN PENTING
- Salinan Kad Pengenalan Malaysia yang telah disahkan
- Salinan Sijil Lahir (beserta terjemahan) yang telah disahkan
- Sijil Ijazah (M.A)
- 6 Keping gambar berukuran pasport
- Salinan laporan perubatan yang telah disahkan
- Surat permohonan tulisan tangan Bahasa Arab
*Sila berhubung dengan KPT untuk maklumat lebih lanjut. LINK KPT
3. DOKUMEN-DOKUMEN PENTING (bagi Lepasan Ijazah di Maghribi sahaja)
- Bahas Ijazah (M.A)
- Sijil Ijazah
- Keputusan peperiksaan setiap semester
- Milaf (Sijil SPM,Sijil Lahir)
- Surat permohonan tulisan tangan Bahasa Arab
- 6 Keping gambar berukuran pasport
- Bitoqoh Watani
- Salinan Pasport
4. TARIKH MEMOHON
- Setiap tahun, tarikh permohonan dibuka pada bulan Julai.
BIASISWA
1. TAWARAN BIASISWA MAGHRIBI
- Setiap tahun, Kerajaan Maghribi menyediakan kouta biasiswa kepada 15 mahasiswa yang terpilih sahaja.
- Syarat kelayakan untuk mendapat biasiswa ialah dengan mendapat Kepujian/Mustahsan. (Sijil Master)
- Sebanyak 750 Dirham (RM270) sebulan akan diberikan kepada penerima biasiswa.
UNIVERSITI
- Semua universiti diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia bagi peringkat Ijazah Kedoktoran/PhD.
- Sila klik pautan ini : Senarai Universiti Yang Diiktiraf