PENGAJIAN
1. SISTEM PENGAJIAN
Menurut formasi terbaru pengajian yang baru dimulakan sejak tahun akademik 2014/2015, rancangan sistem pembelajarannya adalah berbentuk kitaran modul dan semester.
- Tahun akademik terdiri daripada dua (2) semester
- Tempoh setiap semester yang berlangsung ialah selama 16 minggu dengan penjadualan 6-7 modul pengajian.
2. TEMPOH PENGAJIAN
Kerangka pendidikan baharu yang lebih dikenali sebagai LMD mempunyai tiga kitaran utama iaitu:
- Kitaran pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan tempoh enam (6) semester/tiga (3) tahun (selepas SPM)
- Kitaran pengajian Ijazah Sarjana/ Master dengan tempoh empat (4) semester/dua (2) tahun (selepas Ijazah Sarjana Muda)
- Kitaran pengajian Ijazah Kedoktoran/ PHD dengan tempoh minimum tiga (3) tahun (selepas Ijazah Sarjana/ Master)
3. BIDANG PENGAJIAN
Bidang-bidang yang ditawarkan ialah seperti berikut:
- Pengajian Islam
- Pengajian Bahasa Arab
4. YURAN PENGAJIAN
- Sehingga kini, universiti-universiti di Maghribi menawarkan pengajian secara PERCUMA di semua peringkat Ijazah iaitu Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana/Master dan Ijazah Kedoktoran/PhD.
PERMOHONAN
1. SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
- Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun semasa*.
- Memperoleh sekurang-kurangnya gred A- dalam subjek berkaitan Pengajian Islam.
- Pelajar yang tidak mempunyai SPM atau SPM bukan tahun semasa TIDAK LAYAK untuk memohon.
*SPM tahun semasa iaitu pelajar yang menduduki SPM 2017 LAYAK memohon untuk sesi 2018.
2. CARA-CARA DAN PANDUAN PERMOHONAN
- Isi borang Kementerian Pengajian Tinggi secara online DI SINI
- Cetak borang yang telah berjaya diproses bersama dokumen-dokumen sokongan kepada KPT.
- Senarai semak DOKUMEN-DOKUMEN boleh di dapati DI SINI
3. KUOTA
- Bagi pengambilan sesi 2018/2019, Kerajaan Maghribi menyediakan kuota kepada 30 mahasiswa yang terpilih sahaja serta layak mendapat biasiswa Kerajaan Maghribi.
4. TARIKH MEMOHON
- Permohonan adalah secara dalam talian yang akan dibuka pada 28 Jun 2018 (Khamis) dan dijangka tutup pada 6 Julai 2018 (Jumaat). Untuk makluman, pemohon perlu menghantar dokumen-dokumen sokongan kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi selewat-lewatnya sebelum atau pada 13 Julai (Jumaat) sebelum pukul 5.00 petang. Bermula dari 10 Mac 2015 (Selasa) pukul 12.00 tengah hari.
- Panduan dan prosedur yang ditetapkan KPT boleh didapati DI SINI
BIASISWA
1. TAWARAN BIASISWA MAGHRIBI
- Bagi pengambilan sesi 2018/2019, Kerajaan Maghribi menyediakan kuota biasiswa kepada 30 mahasiswa yang terpilih sahaja.
- Semua peringkat Ijazah iaitu Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana/Master dan Ijazah Kedoktoran/PhD. layak menerima biasiswa kerajaan Maghribi.
- Sebanyak 750 Dirham (RM270) sebulan akan diberikan kepada penerima biasiswa.
2. BANTUAN KEWANGAN
- Bantuan kewangan dari Malaysia juga boleh dipohon samada dari Pejabat Zakat Negeri, Majlis Agama Islam,Yayasan Negeri dan sebagainya.
*Misalnya bagi pelajar yang menetap di Selangor boleh memohon Dermasiswa daripada Jabatan Agama Islam Selangor.
UNIVERSITI
- Di Maghribi, terdapat beberapa institut pengajian tinggi awam. Namun, tidak kesemua universiti ini adalah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
- Pada tahun ini (2018), senarai cadangan universiti yang diiktiraf boleh didapati DI SINI