PERINGKAT IJAZAH SARJANA (Master)

PENGAJIAN

1. SISTEM PENGAJIAN

  • Bagi peringkat Ijazah Sarjana/Master, sistem pengajian yang ditawarkan adalah berbentuk kursus dan penyelidikan (coursework and research). Bidang pengkhususan yang ditawarkan adalah berubah-ubah setiap 3 tahun. Setiap perubahan boleh rujuk melalui laman AMCI.

2. TEMPOH PENGAJIAN

  • Tempoh pengajian bagi peringkat ini adalah dua (2) tahun bersamaan dengan empat (4) semester, tiga (3) semester pertama ialah pengajian secara kursus dan penyelidikan dan satu (1) semester khas untuk penyelidikan dan penulisan (tesis akhir).

3. BIDANG PENGAJIAN

  • Bidang pengajian akan dikeluarkan pada bulan Julai ini. Namun, saya sertakan disini bidang pengajian tahun 2012 sebagai garis panduan kepada anda untuk memilih bidang pengkhususan.

4. YURAN PENGAJIAN

  • Yuran pengajian adalah PERCUMA.

 

PERMOHONAN

1. CARA-CARA MEMOHON

  • Isi borang Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT): Borang Permohonan
  • Hantar semua dokumen-dokumen yang diperlukan kepada KPT

2.DOKUMEN-DOKUMEN PENTING (Senarai Semak Permohonan Morocco 2018/2019)

  • Tiga (3) salinan keputusan peperiksaan Ijazah Sarjana Muda (Degree)/ Ijazah Sarjana (Master), transkrip dan program pengajian yang telah dilaksanakan, serta salinan disertasi / kertas kerja projek akhir / projek tesis Degree dan Master
  • Tiga (3) terjemahan Sijil Lahir/ Surat Beranak/ Borang W dalam Bahasa Arab yang telah disahkan.di Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri.
  • Dua (2) salinan terjemahan Sijil Lahir/ Surat Beranak/ Borang W dalam Bahasa Arab yang telah disahkan.
  • Tiga (3) salinan Sijil lahir/ Surat Beranak/ Borang W yang telah disahkan.
  • Enam (6) keping gambar berukuran pasport dan ditulis nama pemohon di belakang.
  • Empat (4) salinan pasport Malaysia yang telah disahkan.
  • Tiga (3) salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan.
  • Empat (4) salinan laporan perubatan yang telah disahkan (Gunakan borang Medical Certification Form yang disertakan dan ditulis dengan tangan (handwritten).
  • Satu (1) surat permohonan dalam Bahasa Arab tulis tangan (handwritten). (nyatakan tujuan permohonan, universiti dan fakulti dipohon, nama, alamat, no. telefon serta email pemohon).
  • Satu(1) salinan aku janji permohonan melanjutkan pengajian ke Timur Tengah bagi sesi 2018/2019. (Aku Janji Morocco)
  • Satu (1) Sijil Kelakuan Baik / Letter of Good Conduct yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri. (Sijil Kelakuan Baik)
  • Satu (1) Salinan Sijil Kelakuan Baik / Letter of Good Conduct yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri.

*Sila berhubung dengan KPT untuk maklumat lebih lanjut. LINK KPT

 

3. DOKUMEN-DOKUMEN PENTING (bagi Lepasan Ijazah di Maghribi sahaja)

  • Bahas Ijazah (B.A)
  • Sijil Ijazah
  • Keputusan peperiksaan setiap semester
  • Milaf (Sijil SPM,Sijil Lahir)
  • Surat permohonan tulisan tangan Bahasa Arab
  • 6 Keping gambar berukuran pasport
  • Bitoqoh Watani
  • Salinan Pasport

4. TARIKH MEMOHON

  • Permohonan adalah secara dalam talian yang akan dibuka pada 28 Jun 2018 (Khamis) dan dijangka tutup pada 6 Julai 2018 (Jumaat). Untuk makluman, pemohon perlu menghantar dokumen-dokumen sokongan kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi selewat-lewatnya sebelum atau pada 13 Julai (Jumaat) sebelum pukul 5.00 petang.

*Maklumat lanjut, sila rujuk pautan iniPanduan Permohonan Morocco 2018/2019

BIASISWA

1. TAWARAN BIASISWA MAGHRIBI

  • Bagi sesi kemasukan 2018/2019, Kerajaan Maghribi menyediakan kouta biasiswa kepada 30 mahasiswa yang terpilih sahaja.
  • Syarat kelayakan untuk mendapat biasiswa ialah dengan mendapat Kepujian/Mustahsan. (Sijil Ijazah)
  • Sebanyak 750 Dirham (RM270) sebulan akan diberikan kepada penerima biasiswa.

 

UNIVERSITI

To Top
Loading...