Artikel

PERJANJIAN AL-HUDAIBIYYAH

IMG_1383

بسم الله الرحمن الرحيم

PERJANJIAN AL-HUDAIBIYYAH

Perjanjian ini berlaku pada bulan Zulkaedah tahun ke-6 Hijrah yang ditandatangani oleh pihak Musyrikin Mekah dan Rasulullah SAW.Dinamakan Hudaibiyah bersempena tempat perjanjian tersebut ditandatangani yakni di lembah Hudaibiyah.

Kisah mengenai perjanjian Hudaibiyah ini bermula ketika mana Rasulullah SAW bersama 1400 kaum Muslimin Madinah bergerak menuju ke Mekah untuk melaksanakan ibadah haji.Setelah pihak Musyrikin mengetahui mengenai perjalanan mereka,lalu diutus seorang wakil untuk menemui Rasulullah SAW bagi mengetahui apakah tujuan mereka.Lantas,Rasulullah SAW menghantar Uthman bin Affan untuk menjelaskan tujuan mereka kepada wakil pihak musyrikin.

Dalam pada itu,Uthman bin Affan telah ditahan dan berita bahwasanya beliau terbunuh telah pun tersebar.Maka,kaum muslimin pun berbaiah(berikrar) taat setia kepada Rasulullah SAW untuk menuntut bela di atas kematian Uthman. Ikrar ini dikenali sebagai Baiah Ridhwan.

Kaum Quraisy yang bimbang dengan kekuatan Islam telah memutuskan untuk melepaskan Uthman dan menghantar Suhail bin Amru sebagai wakil untuk berunding dengan Nabi Muhammad SAW.

Berikut merupakan asas-asas isi Perjanjian Hudaibiyah yang

  1. Rasulullah SAW harus pulang sahaja di tahun ini, tanpa memasuki Makkah, di tahun hadapan mereka memasuki Makkah dan boleh tinggal hanya tiga hari sahaja, membawa senjata sebagai penunggang itu pun pedang harus disarungkan dan Quraisy tidak akan membuat sebarang halangan.
  2. Dihentikan peperangan di antara dua pihak untuk selama sepuluh (10) tahun hingga orang awam menikmati keamanan dan kedua belah pihak berhenti mengganggu lawannya.
  3. Sesiapa yang ingin mengikat janji dengan Muhammad dia berhak berbuat demikian dan sesiapa yang ingin mengikat janji dengan Quraisy dia berhak berbuat demikian, dengan anggapan qabilah yang menyertai salah satu kerana ini sebagai sebahagian dari kem berkenaan, pelanggaran oleh mana-mana qabilah ini dianggap sebagai pelanggaran ke atas kem induk.
  4. Sesiapa sahaja yang lari dari Quraisy lantas menyertai Muhammad tanpa izin dari orang yang dipertanggungjawabkan, hendaklah dihantar balik. Dan sesiapa yang lari dari Muhammad lantas menyertai Quraisy tidak ditolak.

Rasulullah SAW memanggil Ali untuk menulis Nas perjanjiaan, Baginda SAW merencana kepada beliau dengan katanya: “Bismillah al-Rahman alRahim” Kata Suhail bin Amru(beliau akhirnya memeluk Islam): “Ada pun lafaz al-Rahman itu kami tidak mengetahuinya, tapi tulis sahaja: “Bismika Allahumma”. Baginda menyuruh Ali menulisnya, kemudian direncana lagi “Inilah apa yang persetujui oleh Muhammad Rasulullah” kata Suhail: Kalau kami percayakan kau sebagai Rasulullah SAW pasti kami tidak menghalang kau atau memerangi kau, oleh itu tulis namamu Muhammad bin Abdullah sahaja. Kata Rasulullah SAW: “Sesungguhnya daku ini Rasulullah, Pesuruh Allah walaupun kamu mendustaiku”. Baginda pun menyuruh Ali menulis “Muhammmad bin Abdullah serta memadam lafaz “Rasulullah’, tapi Ali enggan memadamnya maka Rasulullah SAW memadamnya dengan tangannya sendiri, dengan itu selesailah pembentukan format perjanjian. Sebaik sahaja format perjanjian dimeterai, maka Banu Khuza’ah pun segera menyertai kem Rasulullah SAW, kerana sejak dahulu lagi mereka ini menjadi sekutu banu Hasyim, sejak era Abdul Muttalib, seperti yang kita sebutkan di permulaan kitab ini, penyertaan mereka di hari ini lebih merupakan penegasan dan pengukuhan kepada penyertaan mereka yang dahulu. Manakala Banu Bakr menyertai kem Quraisy.

FAEDAH-FAEDAH DARI SYARAT PERJANJIAN 

Inilah perdamaian sementara Hudaibiah, sesiapa yang cuba memahami lebih mendalam terhadap butiran perjanjian di samping suasana yang melatarbelakangkannya, pasti meyakini yang ianya adalah kemenangan besar kepada umat Islam, sebelum ini Quraisy tidak mengiktiraf kehadiran umat Islam, malah pihak Quraisy berusaha membanteras mereka ke akar umbi dan menunggu untuk menyaksi kemusnahan mereka, pihak Quraisy sedang berusaha sedaya upaya dan sehabis tenaganya untuk menghalang penerusan dakwah Islamiah agar ianya tidak sampai kepada manusia ramai yang sifatnya sebagai pemimpin agama dan dunia di Semenanjung Tanah Arab. Kecenderungan mereka untuk berdamai bererti mereka sudah mengiktiraf kekuatan Islam, syarat yang ketiga dengan seluruh isi kandungannya memperlihatkan, kini Quraisy sudah melupai peranan Islam sebagai pemimpin Arab, agama dan dunia, kerana sudah tidak peduli selain dirinya sahaja.

Adapun orang lain dan semenanjung Arab semuanya, kalau hendak memeluk Islam pun tidak mengapa. Ianya tidak akan campur tangan langsung, yang penting hanya dirinya sahaja, tidakkah ini merupakan satu kekalahan yang amat parah? Bahkan ianya satu kemenangan yang cemerlang bagi Islam. Peperangan yang bermatlamatkan merampas harta benda, meragut nyawa dan membunuh manusia atau memaksa musuh supaya memeluk Islam, bukan tujuan pertama dan utama dari peperangan tadi, sebaliknya ialah mewujudkan satu kebebasan yang menyeluruh untuk manusia sejagat di dalam memilih akidah dan agama mereka.  “Siapa mahu, dia boleh beriman dan siapa mahu, dia boleh kufur”.  (al-kahfi:29)  Hingga tidak berlaku satu penghalang di antara manusia dan kehendaknya, kini matlamat sudah pun tercapai dengan segala anasir dan ciri-cirinya. Boleh jadi dengan pencapaian dan kemenangan agung ini tidak berlaku lagi peperangan.

Melalui perjanjian damai ini umat Islam telah memperolehi kebebasan besar di dalam dakwah, sebelum perjanjian, tentera Islam tidak lebih tiga ribu (3,000) orang sahaja, tetapi bilangan ini bertambah hingga sebelum pembukaan kota Makkah dalam tempoh dua tahun menjadi sepuluh ribu (10,000) orang.  Adapun syarat yang kedua yang merupakan bahagian kedua di dalam faktor kemenangan agung Islam, kerana kaum muslimin tidak merupakan pihak yang memulakan peperangan, tetapi Quraisylah pihak yang memulakan pergaduhan. Firman Allah yang bermaksud:  “Dan merekalah yang memulakan terhadap kamu pada kali pertama”.  (al-Taubah: 13)  Sedangkan maksud kaum muslimin dengan rondaan ketenteraan mereka, tidak lebih dari menyedar dan mengingatkan Quraisy tentang kesombongan dan halangannya terhadap usaha ke jalan Allah, supaya Quraisy jujur dan bertindak saksama terhadap kaum muslimin.

Semua ini bertujuan agar setiap kem boleh beusaha dalam suasana yang selesa. Syarat menangguhkan peperangan untuk tempoh sepuluh tahun merupakan pembatasan terhadap kesombongan dan halangan Quraisy tadi dan sebagai tanda kegagalan orang yang mula menyalakan api peperangan, dan sebagai petanda kedhaifan dan keruntuhan mereka.  Manakala syarat perdamaian pertama mentafsirkan pembatasan kuasa Quraisy yang biasa menghalang peribadatan di masjid al-Haram, ianya juga pertanda kekalahan Quraisy malah tiada suatu pun dari syarat-syarat perjanjian yang memberi kepuasan kepadanya selain dari sekadar menghalang pada tahun itu sahaja. Quraisy telah menghadiahkan percuma syarat-syaratnya yang tiga di atas kepada kaum muslimin, ianya menikmati syarat yang keempat, itu pun syarat yang tidak berfaedah sangat, yang tidak ada apa-apa erti pun, tidak pula membahayakan kaum muslimin, seperti yang diketahui bahawa selagi mana seorang muslim itu tetap muslim, beliau tidak akan lari dari Allah dan RasulNya, atau dari bandaraya Islam “al-Madinah” kecualilah kalau ianya murtad secara nyata atau rahsia, dan kalau ianya murtad maka Islam tidak memerlukannya lagi malah berpisahnya beliau dari masyarakat Islam lebih baik dari beliau tinggal di dalamnya, inilah apa yang diisyaratkan oleh Rasulullah SAW di dalam sabdanya yang bermaksud:  “Sesungguhnya orang yang lari dari kita kepada mereka semoga dijauhkannya oleh Allah”.

 Adapun orang yang memeluk Islam dari penduduk Makkah dan tidak berpeluang untuk mendapat perlindungan di Madinah, namun bumi Allah masih luas, tidakkah al-Habsyah merupakan bumi luas untuk kaum muslimin mendapati perlindungan di sana? Terutama semasa penduduk al-Madinah belum menganut Islam. Inilah yang diisyaratkan oleh Rasulullah SAW di dalam sabdanya yang bermaksud:  “Dan sesiapa yang mendatangi kita dari kem mereka, Allah akan menjadikan kepadanya kelapangan dan jalan keluar “  Perkiraan dan kewaspadaan pihak Quraisy seperti ini, meskipun seolah-olah memperlihatkan usaha dan mempertahankan keagungan maruahnya, tetapi sekaligus menunjukkan kepanikan, keresahan, dan kelemahan mereka. lanya juga menunjukkan ketakutan mereka yang amat sangat tentang masa depan entiti berhala. Perjanjian ini bagaikan mereka sudah menduga dan merasa institusi dan kayanya sedang menunggu saat dan masa keruntuhan. Oleh itu wajarlah mereka membuat perhitungan seperti ini. Keterbukaan Rasulullah SAW untuk tidak dipulangkan mana-mana individu yang lari dari Islam untuk menyertai Quraisy, sebenarnya adalah bukti bahawa Rasulullah SAW bergantung dengan usaha-usaha pengukuhan sahsiah umat Islam sepenuhnya. Oleh itu Baginda tidak langsung curiga atau takut dengan syarat ini.

Berikutan itu,dapat kita simpulkan beberapa hikmah daripada perjanjian Hudaibiyah ini iaitu berkembangnya syiar Islam lantas menjadikan kehidupan masyarakat aman dan damai.Tidak hanya itu,perjanjian ini juga telah membuka jalan kepada pembebasan Mekah daripada kaum musyrikin Quraisy dan secara tidak langsung,Rasulullah SAW telah mengajar umatnya bagaimana untuk membuat perjanjian dengan kaum kafir.Maka jelaslah,bahawa pemikiran dan pemerhatian yang teliti dalam merancang sesuatu perkara itu penting agar natijah yang lahir kemudiannya akan memberi impak yang positif dan hebat.

Sumber : الرحيق المختوم لصفي الرحمن المباركفوري، الشركة الجزائرية اللبنانية

Terjemahan Melayu Raheeq Makhtum

|Exco Pendidikan PMMM Sesi 2015/16|

 

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

To Top
Loading...