Aktiviti

PERJUMPAAN BERSAMA TIMBALAN MENTERI INDUSTRI UTAMA

Pada 24 September 2018 yang lalu, Timbalan Menteri Industri Utama, YB Shamsul Iskandar Mohd Akin telah mengadakan satu pertemuan khas bersama wakil pimpinan Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi (PMMM). Perjumpaan yang bertempat di The View Hotel, Rabat itu turut dihadiri oleh Duta Besar Malaysia ke Rabat, Dato’ PYT Astanah Abd Aziz.

Dalam pertemuan ini, YB Timbalan Menteri mengingatkan para mahasiswa untuk terus giat dalam melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti berpersatuan di samping menuntut ilmu. Hal ini kerana penglibatan mahasiswa dalam aktiviti berpersatuan dapat dilihat sebagai persiapan dan persediaan bagi para mahasiswa menghadapi cabaran yang lebih besar dalam mengharungi kehidupan selepas alam universiti.

Semoga pertemuan ini dapat menjadi pemangkin semangat untuk ahli-ahli PMMM agar semakin aktif dalam melibatkan diri dengan aktiviti berpersatuan seterusnya dapat menonjolkan bakat yang terpendam dalam diri para mahasiswa.

.:CULTIVATING A W.I.S.E. UMMAH:.

45135293_1908226895926783_5180757975282745344_o

To Top
Loading...