Aktiviti

PERJUMPAAN MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA BERSAMA MAHASISWA

Pada 10 Oktober 2018 yang lalu, satu pertemuan di antara Menteri Pendidikan, YB Dr Maszlee bin Malik bersama para mahasiswa Malaysia di Maghribi telah diadakan. Pertemuan yang bertempat di Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia ke Maghribi ini turut dihadiri oleh Duta Besar Malaysia ke Rabat bersama para pegawai. Seramai 70 orang mahasiswa telah menghadirkan diri bagi mendengar perkongsian yang disampaikan oleh YB Menteri Pendidikan.

Sesi soal jawab dan perbincangan antara dua pihak juga dijalankan bagi memberi ruang kepada mahasiswa yang hadir untuk berinteraksi dan melontarkan pendapat seterusnya meningkatkan lagi mutu sistem pembelajaran para mahasiswa di Maghribi.

Semoga dengan adanya pertemuan ini dapat menaikkan lagi semangat para mahasiswa untuk meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu di bumi Andalus.

.:CULTIVATING A W.I.S.E. UMMAH:.

 

 

photo5958589480896147205 photo5958589480896147190

To Top
Loading...