Program Exco

Perkampungan Bahasa Arab 2017

Sebuah program yang dianjurkan khas oleh Jabatan Nuqaba PMMM 2017/2018 dengan kerjasama mahasiswa-mahasiswa Ijazah Sarjana telah dijalankan dengan jayanya pada 21 hingga 28 Ogos yang lalu telah memberi peluang kepada mahasiswa mahasiswi Malaysia yang menuntut di Maghribi memantapkan serta mengukuhkan lagi kemahiran dalam berbahasa Arab disamping mengisi waktu cuti musim panas di Maghribi dengan aktiviti yang bermanfaat.

Antara aktiviti menarik yang diadakan sepanjang Perkampungan Bahasa Arab kali ini termasuklah :- (INDOOR)

– Forum Kepentingan Bahasa Arab dalam Tiga Bidang
– Pengajian Sorof oleh Ustaz Zainul Abidin bin Abdul Halim
– Pengajian Nahu oleh Ustaz Muhammad Noor Akram bin Abdullah Suhaimi
– Pengajian Balaghah oleh Ustaz Izham Hakimi bin Redzan (OUTDOOR)
– Kemahiran Bercakap oleh Ustaz Muhammad Aizat Syimir Bin Rozani – Kemahiran Mendengar oleh Ustazah Aliah Harizahani Binti Abdul Halim
– Kemahiran Membaca oleh Ustaz Mohd Farouq Nukman Bin Zamri – Kemahiran Mendengar oleh Ustaz Muhammad Nursafwan Bin Hazeman
– Spelling Bee oleh Ustazah Aliah Harizahani Binti Abdul Halim – Mini Explorace oleh Ustaz Muhammad Aizat Syimir Bin Rozani

Tahniah dan syabas kami ucapkan kepada
Pemenang Kumpulan Terbaik Lelaki iaitu Abu Zakaria al-Farra’ (Fasilitator: Ust Ahmad Ismail) juga kepada Pemenang Kumpulan Terbaik Perempuan iaitu Ali Bin Hamzah Al-Kisa’i (Fasilitator: Ustazah Aliah Harizahani)! Kalian semua memang terbaik!

Akhir kata, sekalung penghargaan kami ucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak termasuklah pihak penganjur, tenaga pengajar dan para peserta sendiri dalam memberikan komitmen yang begitu baik demi memastikan program ini berjalan dengan lancar. Semoga usaha aktif dan interaktif seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang dengan idea dan gerak kerja yang lebih baik. Semoga setiap amalan kita ini diberkati Allah selalu.

#mukhayyam_arabi_2017

Tarbiah – Cinta – Peduli

To Top
Loading...