Ucapan

Persaraan Duta Besar Malaysia ke Maghribi

poster farewell dato'

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti menyedihkan namun apabila mengenang kembali saat-saat manis ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling indah yang tidak dapat dilupakan.

Duta Besar Malaysia ke Maghribi, Tuan Yang Terutama Dato’ Jamal bin Hassan telah bersara secara rasminya pada 2 September yang lalu dan kini dipangku oleh Encik Shahril Nizam bin Abdul Malek selaku Kuasa Usaha Sementara.

Di kesempatan ini, pihak Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada T.Y.T. Dato’ Jamal bin Hassan di atas sumbangan, jasa dan komitmen beliau sepanjang tempoh perkhidmatan di Kedutaan Besar Malaysia di Maghribi.

Semoga Allah S.W.T melimpahkan rahmat dan peliharaan-Nya kepada beliau, dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan insya Allah. Kami warga PMMM ingin mengucapkan selamat bersara dan selamat maju jaya kepada T.Y.T. Dato’ Jamal bin Hassan di tempat perkhidmatannya yang seterusnya.

Jasamu dikenang,
Budimu tidak terbilang,
Semangatmu dijulang,
Kepimpinanmu gemilang.

Tarbiah – Cinta – Peduli

To Top
Loading...