Aktiviti

PERTEMUAN BERSAMA SYEIKH BELAID HAMIDI, PENULIS KHAT ANTARABANGSA

 

Pada 13 Oktober 2017, Pegawai Education Malaysia Egypt (EME) dan beberapa orang mahasiswa dan mahasiswi Maghribi telah mengadakan perjumpaan bersama Syeikh Belaid Hamidi di Rabat baru-baru ini.

Syeikh Belaid Hamidi merupakan seorang penulis khat profesional yang cukup terkenal dalam kalangan penggiat seni ini sehingga ke peringkat antarabangsa. Beliau selalu menjadi juri/hakim dalam pertandingan khat peringkat antarabangsa IRCICA yang berpusat di Istanbul,Turki. Manhaj penulisan beliau dikenali dengan ‘metod Hamidi’ yang diambil dari nama beliau sendiri. Kepakaran beliau telah membawa beliau ke serata dunia dan mempunyai anak-anak didikan hampir ke seluruh pelosok dunia termasuklah Asia.

Syeikh telah berjaya menulis lebih 8 mushaf, dan kini dalam proses menyiapkan ‘Mushaf Rihaalah’ yang menurut beliau hanya ditulis ketika beliau dalam permusafiran ke negara-negara yang lain.

“Perjumpaan itu telah memberikan seribu satu makna seterusnya menginspirasi kami semua untuk bergiat aktif dalam bidang khat..” kata salah seorang mahasiswa yang turut serta dalam perjumpaan ini.

Sangat mengkagumkan kami apabila syeikh tidak kedekut dalam berkongsi pengalaman beliau melalui gambar-gambar dan video-video yang ditunjukkan, juga bercerita panjang tentang pengalaman serta pencapaian anak-anak didikan beliau dari berpuluh puluh tahun dahulu sehingga kini.

Tradisi khat ini merupakan turun temurun sejak zaman uthmaniyyah lagi dan Syeikh Hamidi sangat mementingkan pengajian berteraskan sanad ataupun silsilah yang benar agar teknik menulis khat itu bertepatan dengan cara yang betul.

Kata syeikh lagi, 4 prinsip asas untuk menekuni bidang khat bersama beliau ialah :
1. Sabar
2. Sabar
3. Sabar
4. Tidak melawan guru.

Syeikh juga berharap agar pelajar yang pernah belajar menulis khat dengannya ataupun bersama anak muridnya dapat mengajarkan juga teknik ini.

Sehubungan dengan itu, kami PMMM berharap agar ahli-ahli dapat mengambil ibrah istifadah.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Belaid Hamidi
Master Of Calligraphy
Supervisor of Educational Method Hamidi in calligraphic art.
+212 655 194 993
belaid.hamidi@gmail.com

Tarbiah – Cinta – Peduli

To Top
Loading...