Uncategorized

PERTEMUAN MAHABBAH BERSAMA PMMS

Pada 18 Oktober 2018 yang lalu, satu pertemuan mahabbah telah diadakan di Sale. Pertemuan mahabbah ini melibatkan kerjasama antara dua pihak iaitu Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia Sudan (PMMS), saudara Mohd Alif bin Mohd Ludin bersama wakil pimpinan Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi (PMMM) iaitu saudara Akhmal Hakam bin Abdul Aziz selaku Ketua Exco Ekonomi PMMM, saudara Muhammad Zikri bin Zulkefley selaku Ketua Exco Sukan dan Kebudayaan PMMM dan saudara Abdullah Zawawi bin Mohd Zawawi.

Pelbagai perkongsian dan perbincangan yang menarik telah dijalankan bersama dalam usaha untuk meningkatkan lagi mutu dan kualiti sistem pentadbiran kedua-dua belah pihak. Di samping itu, mereka juga berpeluang untuk saling berkongsi idea, pengalaman serta cabaran yang dihadapi dalam mengendalikan program-program persatuan.

Semoga pertemuan ini menjadi titik tolak kepada peningkatan dan kemajuan pentadbiran PMMM, di samping mengeratkan lagi tali ukhuwah PMMM dan PMMS. Kami dari pihak PMMM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada PMMS kerana sudi untuk menjalinkan hubungan dengan PMMM dan atas kerjasama yang telah diberikan.

.:CULTIVATING A W.I.S.E UMMAH:.

WhatsApp Image 2018-10-28 at 15.36.15

To Top
Loading...